Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan, Malaysia

Friday, December 28

Renungan bersama.......

Tidak salah melakukan kesilapan, tetapi adalah salah apabila tidak belajar daripada kesilapan. Seharusnya jangan ulangi kesilapan sama, tetapi renunglah kesilapan tersebut dengan hati yang bijaksana. Setiap pengalaman yang dilalui perlu direnung bagi mendapatkan pengajaran di sebaliknya. Yang penting ialah kita cuba membuat yang terbaik setiap masa, dan yang terbaik juga akan Allah kurniakan untuk kita, InsyaAllah.

Jangan harap balasan dari manusia, pulangkan kepada Allah.

Satu ungkapan yang perlu ada dalam setiap diri manusia khasnya golongan pendidik. Kita hanya menjalankan segala amanah yang telah kita sendiri akadkan tanpa kita sedari. Kita telah berakad semasa kita menerima tugas sebagai seorang pendidik. Kita sebenarnya sungguh bertuah kerana ada yang mendokan kita  jika kita tiada dialam fana ini. Beribu tangan anak didik kita akan menadah tangan mendoakan kita satu perkara yang jarang-jarang kita sedari. Setiap ungkapan , juga kata-kata yang terucap dimulut anak didik kita merupakan satu doa untuk kita. Setiap anak tangga yang kita langkah untuk sampai ke bilik darjah  merupakan aset yang kita tidak nampak untuk hari kemudian. Betapa bertuahnya kita sebagai pendidik mendapat saham yang tidak perlu kita modalkan. Mendapat ganjaran di dunia dan yang lebih penting diakhirat kelak. Semooga dengan kemunculan Tahun 2013 ini, kita sama-sama dapat merenung kekurangan diri dan memperbaiki lompang-lompang yang ada. Semoga Allah permudahkan urusan kita pada tahun yang mendatang ini. AMIN.

Monday, December 24

Amanah Itu Tanggungjawab......



Selamat datang kepada Encik Arifin Bin Md Yusof iaitu guru besar baharu SK Kampong Daching. Beliau telah dinaikkan pangkat menjadi guru besar bermula 16. 12. 2012 yang lalu menggantikan Encik Noorlin Bin Saad yang bertukar ke SK Dato' KLana Maamor, Seremban. Encik Arifin merupakan bekas Guru Penolong Kanan 1 SK Yamtuan Antah Seri Menanti Kuala Pilah.  Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda (Pengkhususan Sekolah Rendah) Bahasa Melayu dari  Universiti Terbuka Malaysia ( OUM). Seluruh warga sekolah mengalu-alukan kedatangan beliau dan berharap dapat membimbing warga sekolah ke arah yang lebih berkesan. TAHNIAH DAN SEMOGA KITA SAMA-SAMA DAPAT MEMBANGUNGKAN SK KAMPONG DACHING KE ARAH YANG LEBIH CEMERLANG LAGI.

"Ketahuilah! Setiap dari kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan diminta pertanggung-jawaban atas kepemimpinan-mu.

Terima kasih....

Terima kasih kepada Encik Noorlin Bin Saad yang telah mengemudi SK Kampong Daching bermula 16. 04. 2010 hingga 16. 12. 2012. Seluruh warga sekolah berharap agar beliau dapat menjalankan tugas dengan lebih cemerlang di SK Dato' Klana Maamor, Seremban.