Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan, Malaysia

Friday, November 23

Nikmat berusaha.....




Pada 22. 11.2012 yang lalu bertempat di SK Sungai Jai Lenggeng satu majlis untuk meraikan murid-murid cemerlang dalam keputusan UPSR di kawasan Lenggeng telah diadakan. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB. Tuan Mustafa Bin Salim iaitu ADUN Kawasan Lenggeng. Seramai empat orang murid SK Kampong Daching telah menerima hadiah beruapa wang sebanyak RM250.00 dan sebuah hamper. Hadiah ini telah disumbangkan oleh YB. Tuan Mustafa Bin Salim. Tahniah kepada murid-murid yang berjaya di sekolah-sekolah kawasan Lenggeng dan khasnya kepada empat orang srikandi  SK Kampong Daching. ITULAH NIKMATNYA BERUSAHA.........

Sejarah Tercipta......Tahniah Abang Mustapha dan Kak Yam


 Siti Mashitah Binti Mustapha

                             Siti Muslihah Binti Mustapha                                    Fauzan Bin Mustapha

                          Siti Munirah Binti Mustapha                                          Siti Murnizah Binti Mustapha
             
                   Ahmad Sufi Bin Mustapha                                    Siti Mawaddah Binti Mustapha              
                                                                                         
Sekolah Kebangsaan Kampong Daching telah mencipta sejarah apabila salah seorang daripada gurunya yang bernama Puan Siti Mariyam binti Haji Othman telah mencipta nama kerana ketujuh-tujuh orang anaknya telah mencapai 5A dalam UPSR. Cikgu Siti Mariyam merupakan seorang guru yang telah lama berkhidmat di SK Kampong Daching iaitu selama 23 tahun  bermula pada 1.12.1989. Beliau yang mempunyai tujuh orang anak dan kesemua anaknya itu telah bersekolah di sekolah ini. Kesemua anaknya yang telah menduduki peperiksaan UPSR termasuklah anaknya yang bongsu iaitu Siti Mawaddah binti Mustapha, telah mencapai keputusan yang cemerlang iaitu 5A baru-baru ini. Pencapaian yang diperolehi oleh anak-anak beliau telah membantu melonjakkan prestasi  sekolah. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Cikgu Siti Mariyam atas usaha dan keberhasilan beliau mendidik anak-anaknya sehingga mencapai kejayaan yang sangat cemerlang. Kejayaan beliau harus menjadi contoh kepada guru-guru dan ibu bapa yang lain. 

Tuesday, November 20

Tahniah Srikandi Pengubat Luka......

Tahniah kepada Siti Mawaddah Binti Mustapha, Nurul Nafisah Binti Mohd Rizal, Nur Fatin Amirah Binti Mohd Ali Hanafiah dan Khairunnisa Binti Abd. Aziz kerana berjaya mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR 2012 yang telah diumumkan pada 19. 11. 2012 yang lalu.Tahniah juga kepada kepada murid yang mendapat 4A 1B dan 4A 1C. Semoga kejayaan ini akan menjadi satu titik tolak untuk menjadi lebih terbaik pada masa akan datang. Kepada murid yang kurang berjaya dalam peperiksaan UPSR ini, teruskan usaha semasa tingkatan satu. Kejayaan itu akan diperolehi jika kita terus berusaha. 

Monday, November 12

Semuanya Tinggal Sejarah......






Kenangan ini tidak akan kembali, berlalu seperti angin lalu. Segala yang berlalu itu bererti sejarah lembarannya. Mungkin dalam saat seperti ini , hati akan terusik dengan ingatan yang lalu. Lembaran suka dan duka akan terpahat di dalam hati. Malahan ada juga yang akan menginginkan agar kenangan indah itu akan kembali. Kenangan ini akan subur, mungkin 10 atau 20 tahun akan datang. Namun semuanya telah berubah tetapi kenangan itu akan menjadi rantaian dalam diri kita yang bakal dibualkan ketika bersua muka …….namun entah bila agaknya…….. hargailah masa-masa kita bersama…..

Sunday, November 11

Jamuan Perpisahan Cikgu Ariffin bersama guru dan PIBG di Aston Nilai....






Pada 7hb. yang lalu satu majlis Jamuan Perpisahan telah diadakan khas untuk Cikgu Arifin bersama guru-guru dan PIBG. Majlis yang bermula sekitar 8.30 itu sungguh meriah dengan kehadiran hampir semua guru bersama keluarga masing-masing. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Ahmad Zuraidi Bin Abd Wahab. Encik Aziz bin Ishak berucap mewakili guru. Turut serta dalam majlis tersebut ialah En. Mazley Bin Jamaludin iaitu Pengerusi PIBG SK Kampong Daching serta beberapa orang ahli jawatankuasanya. 

Thursday, November 8

Hari Anugerah Cemerlang 2012 dalam kenangan.....








Syukur alhamdulillah Hari Anugerah Cemerlang 2012 yang diadakan pada 8. 11. 2012 telah berjalan dengan meriah dan lancar. Majlis Hari Anugerah Cemerlang ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Mustafa Bin Salim, ADUN Kawasan Lenggeng. Terima kasih kepada semua guru dan kaki tangan sekolah yang telah bertungkus lumus menjayakan Hari Anugerah Cemerlang 2012 ini. Berkat kerjasama, komitmen serta perasaan bertolak ansur telah menjadi kunci kejayaan dalam Hari Anugerah Cemerlang ini. Terima kasih juga kepada seluruh AJK PIBG yang diketuai oleh En. Mazley Bin Jamaludin kerana telah memberi kerjasama yang padu dalam menjayakan majlis ini. Kepada pihak PPD Seremban yang diwakili oleh Tuan Haji Azaman Bin Baharuddin pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan yang diberikan. 

Monday, November 5

Hari Anugerah Cemerlang 2012


SK Kg Daching Mara Ke Separuh Akhir Liga Super Bawah 11 Tahun Seremban 1

Labu : Pasukan bawah 11 Tahun SK Kg Daching telah melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Liga Super Bawah 11 Tahun Seremban 1. SKKD telah menewaskan SK Desa Cempaka 3 - 0 di dalam perlawanan yang dikuasai oleh pemain SKKD dan anya sesekali diancam dengan serangan balas SK Desa Cempaka. Pasukan SKKD agak bergelut di awal permainan sebelum Haziq Aiman berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke 12 dan keputusan 1-0 kekal hingga tamat separuh masa ke dua. Separuh masa ke 2, pasukan SKKD mengandakan asakan dan Haziq Aiman sekali lagi menerusi larian yang mengelirukan berjaya menghasilkan gol kedua. Fairuz terus menghukum kealpaan barisan pertahanan SK Desa Cempaka menerusi sepakan leret dari luar kotak penalti. SK kg Daching akan bertemu SK Desa Jasmin di separuh akhir yang akan berlangsung pada Rabu, 7 Nov 2012, jam 3.00 petang di PAdang SK Labu Hilir. Keputusan lain suku akhir: 1.SK KLIA 0 - 1 SK LBJ 2.SK Desa Jasmin 4 - 1 SK Labu Hilir 3. SK Kg Daching 3 - 0 SK Desa Cempaka

Sunday, November 4

Aiman Ghazali (Daching 9 FC) bantu KLIA Juara di Karnival Bawah 11 Tahun YAYASAN N.Sembilan

Seremban, 4 Nov : Penyerang Daching 9 FC, Muhd Aiman bin Ghazali telah dipilih mewakili sebuah pasukan SK KLIA pada kejohanan Bawah 11 tahun anjuran Yayasan N.Sembilan. Pemilihan Aiman merupakan satu kebangaan bagi Daching 9 FC dan warga SK Kg Daching keseluruhannya. Semoga pemain lain dapat meningkatkan lagi prestasi agar mendapat perhatian kelab lain sebagai pemain.Terima kasih kepada Cikgu Firdaus yang menguruskan pemain pada hari berkenaan.Kejohanan di Padang IPG Kampus Raja Melewar bercorak karnival ini telah berjaya menarik banyak pasukan dan pasukan yang diwakli Aiman telah menjuarai Kategori bawah 11 Tahun.
Go Daching 9 FC.............

Saturday, November 3

Lawatan Sambil Belajar Ke Melaka







 Pada 03. 11. 2012, SK Kampong Daching, Lenggeng telah mengadakan satu Lawatan Sambil Belajar ke Melaka. Seramai 80 orang murid yang terdiri daripada murid tahun 4, 5 dan 6 serta 7 orang guru pengiring iaitu Encik Abdul Aziz bin Ishak, Pn. Siti Mariyam Hj Othman, En. Mohd Firdaus Bin Mustafa, En. Ahmad Zuraidi Bin Abd Wahab, En. Goh Chee Kean serta Amran Bin Bakar.  Tempat yang dilawati ialah sekitar Banda Hilir, Masjid Selat serta Zoo Melaka. 

Friday, November 2

Jika Sepakat.....semua kerja berkat.....




Tahniah kepada semua guru kerana telah berjaya melaksankan sukan tahunan sekolah. Walaupun keadaan padang agak becak kerana hujan lebat yang turun sebelum berlangsungnya sukan tahunan namun sukan tahunan ini dapat dijalankan dengan jayanya. Rumah Biru telah berjaya merampas kejuaraan yang telah disandang oleh rumah kuning. Tahniah kepada Puan Siti Mariyam Hj Othman selaku GPK Kokurikulum kerana telah berjaya menjalankan tugas yang pertama dengan jayanya. Tahniah sekali lagi kepada semua guru yang berjaya bekerjasama dalam menjalankan sukan tahunan ini. TAHNIAH, ANDA MEMANG HEBAT.