Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan, Malaysia

Sunday, April 29

Program Motivasi Di Kem Excel Lenggeng

SK Kampong Daching telah menghantar seramai 10 orang murid dalam Kem Motivasi dan Bengkel Menjawab Soalan anjuran ADUN Luak Lenggeng. Kem tersebut telah dikelolalakan oleh SK Dato' Klana Putra Lenggeng. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti bengkel menjawab soalan, riadah serta program motivasi untuk ibu bapa. Program ini telah dirasmikan oleh YB. Tuan Mustapha Bin Salim iaitu ADUN Kawasan Lenggeng.

Wednesday, April 18

Tahniah Cikgu Faizah Sekelurga


Daching, 17 April: Warga SK Kg Daching, khususnya Kelab Guru SKKD dan PIBG SKKD ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Cikgu Faizah bt Ali diatas kecemerlangan anak sulung beliau sebagai pelajar cemerlang Kursus Hotel dan Katering , Sempena Majlis Konvokesyen Kali ke 9 Kolej Komuniti Langkawi. Anak sulung pasangan Cikgu Faizah dan Abg Hamid, Ikhwan Hazif bin Abd Hamid telah menerima anugerah ini dari Tan Sri Nor Yaacob, Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Dewan Mellenium, Kepala Batas Pulau Pinang pada 15 April 2012.Semoga kejayaan anak Cikgu Faizah ini menjadi contoh kepada semua untuk berjaya di apa jua lapangan yang diceburi. Tahniah dan selamat maju jaya.


Melaporkan :

Mohd Riduan bin Mohamad Yusof
Setiausaha Kelab Guru SKKD 2012

Thursday, April 5

Daching9 FC ke pusingan ke 2 Bola Sepak MSSD Sbn 1




Nilai, 4 April : Walau diundi di dalam sekumpulan dengan finalis tahun lalu, SK Seri Klana, pasukan bola sepak SK Kg Daching (Danghing9 Fc) melangkah ke pusingan ke 2 selaku juara kumpulan F. Perlawanan pertama menentang SK Seri Klana yang dikenali sebagai pusat latihan negeri, pemain Daching9 membuktikan reputasi lawan mampu dicalar dengan keputusan seri 0-0. Jelas menguasi perlawanan namun gol kemenangan gagal digapai Daching9 FC.
Melangakah ke perlawanan ke dua, pertemuan julung kali dengan SK Temiang menunjukkan taring sebenar Daching9. 2 jaringan di babak pertama dan 1 lagi di babak ke 2 menunjukkan Sk Temiang terpaksa menerima kebangkitan Daching9. Mangsa seterusnya ilah SJK Convent (wawasan). Daching9 enggan mengambil risiko dengan menurunkan semua pemain simpanan agar memberi ruang pemain utama berehat. Daching9 FC 2 - 0 SJKT Convent.
Daching9 FC dan SK Seri Klana terikat mata dan melalui undian Daching9 FC menjadi juara kumpulan. Seterusnya hari ini Daching9 FC akan bertemu SK Shahbandar Abu Bakar yang menjadi naib juara kumpulan B.

Wednesday, April 4

SKKD Mengorak Langkah Lagi


Syukur alhamdulillah, seorang peserta SK Kampong Daching iaitu adik Nur Fatin Amirah Binti Ali Hanafiah telah berjaya mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan Sahibba yang telah diadakan di SK Mambau, Seremban. Kejohanan julung kali yang diadakan ini telah disertai oleh 30 orang murid sekolah Daerah Seremban 1. Dengan kejayaan ini telah melayakkan adik Fatin untuk mewakili Seremban 1 ke peringkat negeri yang akan di adakan di SMK Lui Barat pada 8 Mei 2012 ini. TAHNIAH

Monday, April 2

Perjuangan baru bermula...



Tahniah kepada Siti Mawaddah binti Mustapha kerana telah berjaya membuka tirai pertandingan Ko-Akademik Bahasa Melayu dengan mendapat tempat kedua dalam pertandingan pidato Piala KPM yang telah diadakan di SK Desa Cempaka, Nilai pada 31 Mac 2012 yang lalu. Kejayaan ini mengualngi pencapaian tahun 2011 di mana Siti Mawaddah juga mendapat tempat kedua dalam pertandingan tersebut yang diadakan di SK Kampong Daching.
Adik Siti Mawaddah akan mewakili Seremban 1 ke pertandingan bercerita peringkat negeri akan diadakan di SK Wawasan, Seremban. TAHNIAH

Kelab Guru SKKD Anjur Pertandingan Bowling Siri 1/2012



Kajang, 1 April : Bertempat di Ampang SuperBowl, Plaza Metro Kajang, telah berlangsung pertandingan bowling tertutup anjuran Kelab Guru SK Kg Daching. Acara julung kali yang diadakan ini telah disertai seramai 15 orang pemain yang terdiri daripada guru-guru SKKD dan ahli keluarga. Pertandingan berformat all-event individu ini dijalankan sebanyak 3 frame. Markah bagi siri 1 ini akan dikumpulkan sehingga selesai siri terakhir untuk mencari pemenang bagi kategori lelaki dan wanita.
Pertandingan ini diharap dapat mengukuhkan ukhwah di kalangan guru dan ahli keluarga. Adalah diharap guru dan ahli keluarga yang tidak dapat menyertai siri 1 ini dapat muncul di siri ke dua yang dijangka berlangsung di Seremban Parade pula. Berikut dipaparkan keputusan Siri 1/2012.

Kategori Wanita Terbuka :

1. Kak Sham (wife Cikgu Din) : 297 pin
2. Cikgu Faizah : 220 pin
3. Cikgu Siti Fatimah : 217 pin
4. Khairunisa (anak C.Aziz) : 191 pin
5. Ustazah Nurul : 209 pin

Kategori Lelaki Terbuka :

1. Abg Hamid (husband C. Faizah : 420 pin
2. Cikgu Shaharudin : 327 pin
3. Cikgu Arifin : 296 pin
4. En Nasir (husband C. Siti ) : 279 pin
5. Cikgu Riduan : 269 pin
6. Ustaz fadzil : 260 pin
7. Cikgu Goh : 210 pin
8. Cikgu Aziz : 185 pin
9. Cikgu Firdaus : 151 pin
10.Aiman (anak c. siti) : 116 pin


Melaporkan ,

Mohd Riduan b. Mohamad Yusof
Nadi Sukan Dachning