Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan, Malaysia

Sunday, April 28

Pembuka Tirai........Teknik Menjawab Soalan Matematik




Pada hari Jumaat bersamaan 26 April 2013, bengkel menjawab soalan Matematik kali pertama telah diadakan. Bengkel yang bermula 3.00 petang dan berakhir pada pukul 5.00 petang itu telah disampaikan oleh En. Husni iaitu guru pakar matematik dari Sekolah Kebangsaan Gadong Jaya, Seremban. Banyak tips yang telah beliau berikan kepada murid-murid. Semoga bengkel ini memberi manafaat kepada 42 orang calon UPSR SK Kampong Daching, Lenggeng. 

Takziah kepada Cikgu Mohd Firdaus

Seluruh warga sekolah mengucapkan takziah kepada Cikgu Mohd Firdaus Bin Mustapa kerana pemergian ayahanda tercinta ke rahmatullah pada 26 April 2013 bersamaan hari Jumaat. Semoga rohnya ditempatkan kalangan orang yang beriman. Amin...

Thursday, April 25

Pertandingan Sahibba Daerah Seremban 1......satu kejayaan dicipta




Pada 23. 04. 2013 yang lalu SK Kampong Daching telah menghantar dua orang peserta ke Pertandingan Sahibba peringkat Daerah Seremban 1. Mereka terdiri daripada Nurfatihah Mohd Zainullah dan Siti Nurfatihah  Mohd Noor. Syukur alhamdulillah kerana kedua-dua peserta ini telah berjaya mewakili Daerah Seremban 1 ke peringkat negeri yang akan diadakan pada bulan Jun nanti. adik Nurfatihah Mohd Zainullah telah berjaya mendapat tempat kedua dan adik Siti Nurfathiah Mohd Noor pula telah mendapat tempat keempat. Tahniah kepada Puan Siti Mariyam iaitu GPK Kokurikulum yang telah berjaya membimbing kedua-dua murid ini. Semoga kedua-dua murid ini akan berjaya diperingkat negeri nanti. Teruskan usaha.....tanpa usaha kita tidak akan ke mana-mana.....

Thursday, April 18

Permulaan yang memberangsangkan.......


Tahniah kepada peserta pertandingan mengarang SK Kampong Daching yang telah berjaya mencapai kejayan dalam pertandingan mengarang yang telah diadakan di SK Seremban Jaya. Sekalung tahniah kepada adik Rabiatul Adawiyah Binti Abd Razak yang berjaya mendapat tempat kedua, Nur Nabihan Binti Mohd Nor mendapat tempat ketiga bagi kategori tahap 1. Manakala bagi tahap 2 pula Nik Nur Aqilah Binti Nik Yusof dan Nur Athirah Binti Jefry pula mendapat saguhati. Tahniah juga kepada Puan Siti Mariyam Binti Haji Othman serta Puan Zaimah Binti Mohamad yang merupakan guru pengiring dalam pertandingan ini.