Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan, Malaysia

Sunday, March 29

Pesta Pantun Peringkat Daerah Seremban 1- SKKD Johan !!





Penantian untuk menjadi juara pesta pantun akhirnya tercapai juga apabila pasukan pemantun sekolah dinobatkan sebagai johan dalam pertandingan pantun peringkat daerah Seremban 1. Apa yang lebih membanggakan ialah telah dapat mengalahkan bekas juara negeri iaitu pasukan dari SK KLIA. Pemantun terbaik juga jatuh kepada pasukan sekolah iaitu Nurul Syifa binti Ahmad Laili. Antara murid yang terlibat dalam pesta pantun ini ialah Siti Maysarah, Nurul Syifa, Nurul Sarah, Mohd Ariff dan Nurul Nabihah. Sekolah juga turut membawa pelapis iaitu Siti Nurul Najihah dan Norjihan Amleen. Semoga pasukan pemantun sekolah akan terus mara ke peringkat negeri dan kebangsaan. Tahniah diucapkan kepada pasukan pemantun sekolah. Teruskan kejuaraan sehingga ke peringkat tertinggi.

Monday, March 23

Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Peringkat Sekolah



Pencarian peserta bercerita BM yang akan mewakili sekolah akhirnya menemui jawapan setelah sekolah mengadakan pertandingan tersebut pada 13 Mac 2015 yang lalu. Keputusan yang dicapai ialah Johan bagi peserta tahap 1 jatuh kepad Iman Khadeeja binti Shahrizal, Naib Johan, Najihah binti Norhamidi manakala tempat ketiga ialah Muhd Arif Shakir bin M.Sulaiman. Bagi peserta tahap 2, johan disandang oleh Loqman Hakim bin Ahmad Zuraidi manakala  Naib Johan ialah Muhammad Amirul Aiman bin Amran. Peserta yang mendapat tempat johan akan mewakili sekolah ke Karnival Bahasa peringkat daerah pada 15 April 2015 di SK Dato' Shah Bandar Abu Bakar. Diharap Iman Khadeeja dan Lokman Hakim akan dapat mengekalkan kejuaraan mereka nanti.

Tuesday, March 17

Pertandingan Balapan dan Padang MSSD Seremban 1





Peserta sekolah yang menyertai Pertandingan Balapan dan Padang MSSDS mampu meraih kejayaan tempat ke-3 lari berhalangan individu bawah 10 tahun lelaki dan johan lompat jauh lelaki bawah 10 tahun (Mohd Haikal), tempat ke-4 lontar peluru perempuan bawah 12 tahun(Nuren), manakala tempat ke-4 juga dalam acara lari 4x100 m perempuan bawah 10tahun dan tempat ke-5 lompat tinggi lelaki bawah 12 tahun (Lokman ) .Tahniah  kepada murid yang berjaya dalam pertandingan dan tahniah juga kepada guru-guru yang membimbing murid !!



Friday, March 13

Perkhemahan Badan Beruniform Peringkat Negeri

 


Pada tanggal 2 Mac 2015, sekolah telah menghantar 4 orang peserta unit badan beruniform Pengakap dan Puteri Islam, iaitu Siti Maysarah, Loqman Hakim, Ahmad Iqmal Firdaus dan Nur Aina Sofea ke Perkhemahan  Badan Beruniform peringkat negeri di Juaseh, Kuala Pilah. Empat  orang peserta ini telah berjaya terpilih  untuk perkhemahan ini selama 3 hari 2 malam di Kem Badan Beruniform JPNS di Juaseh. Semasa perkhemahan  itu, para peserta telah diuji  dengan beberapa kemahiran untuk melayakkan diri mereka ke peringkat kebangsaan. Alhamdulillah, tiga orang peserta kita telah lulus dalam ujian kemahiran itu dan layak  pergi ke Perkhemahan Badan Beruniform peringkat Kebangsaan . Mereka yang berjaya itu ialah Nur Aina Sofea, Siti Maysarah dan Loqmsn  Hakim. Bagi peserta lelaki,  perkhemahan di peringkat  kebangsaan akan diadakan pada 23-28 Mac 2015 di Perak manakala peserta perempuan pula akan diadakan pada 6-10 April 2015 di Pulau Pinang. Tahniah diucapkan kepada tiga-tiga orang murid yang berjaya pergi ke peringkat kebangsaan itu serta guru-guru pembimbing mereka atas kejayaan ini dan diharap mereka berusaha dengan lebih kuat lagi sehingga berjaya membawa nama sekolah ke puncak kejayaan.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                 

Monday, March 2

Pertandingan Kemahiran Badan Beruniform Peringkat Daerah Seremban 2015




Seramai sepuluh orang peserta telah dihantar ke SK Wawasan bagi menyertai Pertandingan Kemahiran Badan Beruniform peringkat daerah Seremban 1. Mereka terdiri daripada enam orang murid pengakap dan empat orang murid Puteri Islam. Syukur kerana semua murid yang menyertai pertandingan kemahiran itu telah lulus dalam ujian kemahiran tersebut. Namun, empat orang  murid telah mencapai markah tertinggi  dan terpilih untuk menyertai perkhemahan pasukan beruniform ke peringkat negeri yang akan diadakan pada 2-4 Mac 2015 di Kem Rimba Ilmu Juaseh, Negeri Sembilan. Mereka yang telah berjaya ialah Siti Maysarah, Nur Aina Sofea, Ahmad Ikhmal Riduan dan Luqman Hakim. Tahniah diucapkan kepada murid yang telah berjaya tersebut dan diharap mereka terus berusaha membawa nama sekolah ke peringkat kebangsaan pula.

Pelancaran Program NILAM Peringkat Sekolah dan Program Sayangi Perpustakaan



Pusat Sumber Sekolah telah melancarkan program NILAM peringkat sekolah pada hari Rabu,25 Februari 2015. Guru besar, En.Shamsuddin bin Mohamad telah merasmikan pelancaran program tersebut. Tujuan program tersebut adalah untuk memberi kesedaran dan galakan kepada murid-murid terhadap kepentingan amalan membaca. Dalam program itu juga, diumumkan murid-murid yang terbanyak membaca sepanjang bulan Februari mengikut kelas. Mereka telah menerima hadiah yang disumbang oleh  pusat sumber. Diharap dengan adanya pelancaran program NILAM ini, semua murid di sekolah ini akan dapat membudayakan minat membaca  dalam diri mereka.



Pada hari yang sama juga, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan telah mengadakan program 'Sayangi Perpustakaan' di sekolah ini. Kakitangannya telah mengadakan pelbagai aktiviti kepada murid-murid di sekolah ini bertujuan untuk menanamkan rasa minat mereka kepada aktiviti membaca. Murid-murid dan guru-guru di sekolah ini telah diberi kad elektronik secara percuma untuk memudahkan mereka meminjam buku di mana-mana perpustakaan awam.  Murid-murid yang telah berjaya dalam pertandingan yang diadakan menerima hadiah sumbangan perpustakaan awam tersebut. Terima kasih kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan kerana sudi datang ke sekolah ini dalam usaha membudayakan aktiviti membaca  dalam kalangan murid-murid.