Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan, Malaysia

Friday, May 24

Tempat Ketiga Pertandingan Bahas Seremban 1

Pada 21. 05. 2013 yang lalu SK Kampong Daching telah menghantar pasukan bahas dalam pertandingan bahas peringkat Seremban 1 yang telah diadakan di SK Batang Benar. Pasukan bahas sekolah terdiri daripada Nur Fathiah Binti Zainullah, Siti Nur Fatiah Binti Mohd Nor, Intan Farahana Binti Halid serta Nur Athirah Binti Jefry. Guru yang membimbing pula ialah Puan Siti Mariyam Binti Haji Othman. Tahniah kepada pasukan bahas sekolah.

Wednesday, May 22

Majlis Persaraan Puan Saripah Binti Hasan



Pada 21. 05. 2013 yang lalu satu majlis persaraan Puan Saripah Binti Hasan telah di adakan di hotel Royal Bintang Seremban. Puan Saripah telah memulakan tugas di SK Kampong Daching pada pada tahun 2010. Beliau merupakan anak tempatan Kampung Daching. Pihak sekolah mengharapkan agar beliau sentiasa sihat serta dapat menjalankan kehidupan sebagai pesara. Pihak sekolah juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Saripah kerana telah memberi kerjasama dalam menjalankan tugas seharian di sekolah ini. Seluruh warga sekolah juga ingin memohon maaf jika terdapat kesalahan bahasa, tingkah laku sepanjang beliau berkhidmat di sini. Adat bergaul pastinya kesilapan dan kesalahan, terguris hati.

Yang indah itu pertemuan
Yang manis itu persahabatan
Yang pahit itu perpisahan
Yang tinggal hanyalah kenangan

Thursday, May 16

Sekalung Tahniah..

Sekalung tahniah kepada Encik Shaharudin Bin Buyong dan Encik Mohd Riduan Bin Mohamad Yusof kerana telah terpilih sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi Tahun 2012. Semoga dengan  pengiktirafan ini akan menjadi perangsang untuk  lebih berusaha serta komitmen dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Seluruh warga sekolah mengucapkan tahniah kepada mereka berdua.

Selamat Hari Guru 2013

Islam mengajar umat-Nya agar sentiasa berusaha mengamalkan budaya kerja yang cemerlang dengan bertunjangkan iman dan akhlak. Bagi yang menyedari hakikat ini, mereka akan sentiasa berusaha meningkatkan kualiti dan produktiviti pada setiap masa tanpa rasa jemu. Mereka sedar bahawa bekerja itu bukan sekadar tanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara malah ia merupakan amanah Allah SWT.Berapa ramai di antara kita yang sedar tentang perkara ini. Berapa ramai komuniti pekerja yang memandang remeh mengenai kerja, bekerja dengan sambil lewa, curi tulang, menggunakan peralatan pejabat untuk kepentingan peribadi, solat pada waktu kerja sedangkan masa yang diperuntukkan untuk solat diisi dengan berbual kosong.

“Makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembah Allah semata-mata.”
(Surat An-Nahl, ayat 70)

Justeru, marilah sama-sama kita bermuhasabah dan istiqamah pada niat seawal melangkah keluar dari rumah bahawa semua kerja yang dilaksanakan kerana Allah SWT. Mudah-mudahan setiap pergerakan dari mula hingga pulang ke rumah dikira sebagai ibadah dan rezeki yang diterima penuh dengan keberkatan.

Selamat Hari Guru :GURU MALAYSIA 1 ASPIRASI 1 AGENDA

Tahniah kepada Nur Aina Fatin......

Sekali lagi kejayaan dicapai oleh SK Kampung Daching, kali ini kejayan mendapat tempat kedua dalam pertandingan pidato peringkat Seremban 1 yang telah diadakan di SK Taman Semarak. Sekalung tahniah kepada adik Nur Aina Fatin Binti Mohayidin kerana berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan pidato tersebut. Ini bermakna adik Nur Aina berjaya mewakili Daerah Seremban 1 dalam pertandingan pidato peringkat negeri nanti. Semoga beliau akan berusaha agar berjaya pula diperingkat negeri nanti. 

Tahniah atas kejayaan.....

Tahniah kepada adik Muhammad Amirul Aiman Bin Amran dan adik Intan Farahana Binti Halid atas kejayaan dalam pertandingan Bercerita peringkat Seremban 1 yang telah diadakan di SK Sungai Machang baru-baru ini. kejayaan ini merupakan satu catatan sejarah kerana buat pertama kali sekolah berjaya memenangi dalam kedua-dua kategori yang dipertandingakan. Terima kasih kepada Puan Siti Mariyam yang telah berusaha dan bekerja keras melatih kedua-dua wakil sekolah ini.
Semga berjaya diperingkat negeri nanti yang akan diadakan di SK Undang Rembau pada bulan Jun nanti.