Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan, Malaysia

Wednesday, February 5

Kejayaan menguji lagi.......


Syukur alhamdulillah SK Kampong Daching sekali lagi menempa kejayaan dalam UPSR. Satu lawatan tanda penghargaan telah diadakan oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan yang diketuai oleh Encik Zainal Abidin Bin Ahmad iaitu Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Pilah. Dalam ucapan beliau mengucapkan setinggi penghargaan kepada pihak guru-guru, murid-murid serta ibu bapa yang banyak memainkan peranan dalam kejayaan sekolah. Di samping itu beliau berharap agar sekolah akan dapat meningkatkan keputusan yang lebih baik dalam UPSR pada tahun 2014. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru atas kejayaan ini. 

Sambutan Maulidurasul Peringkat sekolah Tahun 2014

Majlis sambutan Maulidurrasul peringkat sekolah telah diadakan pada 29. 01. 2014 yang lalu. Majlis sambutan Maulidurasul ini telah dianjurkan oleh Panitia Agama Islam dan Panitia Arab. Majlis dimulakan dengan perbarisan maulidurasul yang telah dijalankan sekitar kawasan kampung. Selepas acara perbarisan, seluruh warga sekolah telah diperdengarkan dengan ceramah maulidurasul. Seterusnya terdapat juga acara persembahan daripada murid-murid SK Kampong Daching. Pihak sekolah mengucapkan setinggi tahniah kepada seluruh warga sekolah kerana telah bekerjasama untuk menjayakan majlis ini.