Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan, Malaysia

Thursday, February 28

Pasukan Bola Jaring SKKD ke Pusingan Ke 2 MSSD Sbn 1 2013

Paroi, 27 Feb : Pasukan bola jaring bawah 12 tahun SKKD membuktikan mereka juga mampu mencabar kejuaraan Bola jaring MSSD Seremban 1 dengan menjadi juara kumpulan di hari pertama kejohanan. Pasukan SKKD memulakan kejohanan dengan langkah kanan apabila mudah menewaskan pasukan jiran SK Mendum di perlawanan pertama. Pasukan SKKD terus garang menewaskan pasukan SK Wawasan di perlawanan ke 2 sebelum mengesahkan johan kumpulan dengan menewaskan pasukan SK Labu Batu 10. Pengurus pasukan, Puan Sharifah Munirah yang dihubungi petang tadi jelas berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukan oleh pemain untuk mara ke pusingan ke 2 esok. Para pemain SKKD telah menunjukkan potensi sebenar mereka dengan bermain dengan cemerlang untuk menjadi johan kumpulan. Esok SK Kg Daching akan bertemu SK Seri Klana bagi membuka peluang mara ke peringkat yang lebih tinggi. Melaporkan , Cikgu Riduan @ NADI ARENA DACHING 901

Sunday, February 24

Tewas di SK Sikamat

Sikamat, 21 Feb : Pasukan 'Daching 9 Fc' yang di dalam persiapan untuk mewakili SK Kg Daching ke MSSD Seremban 1 telah mengadakan perlawana persahabatan menenang SK Sikamat yang juga juga bertahan 5 kali berturut2 MSSD Seremban 1 di Padang SK Sikamat. Perlawanan yang berlangsung di dalam hujan renyai itu mengikut format 15 minit setiap set dan sebanyak 3 set telah dijalankan. SKKD bermula dengan agar tersusun dengan melancarkan beberapa serangan awal, namun kekebalan pertahanan SKS jelas ketara. Melalui serangan pertama mereka ke kubu SKKD, SKS berjaya mendapat gol pertama di atas kecuaian Akmal selaku penjaga gawang SKKD. Tersentak dengan gol itu barisan serengan SKKD cuba bangkit namun sekali lagi benteng pertahanan hampa apabila SKS mendapat gol kedua yang jelas offside namun tidak disedari pengadil. Memulakan separuh masa kedua SKKD hampir berjaya menjaringkan gol pertama namun sekali lagi nasib tidak menyebelahi barisan serangan SKKD untuk merapatkan jurang. Tanpa ada jaringan pada separuh masa ke 2. Pada separuh masa ke tiga SKKD jelas mendominasi saingan, namun kekentalan pasukan SKS memusnahkan impian.SKKD 0 - 3 SKS. Jurulatih SKKD, En Firdaus, menyatakan beliau agak berpuas hati dengan prestasi pemain. Walau pun tewas pemain telah menunjukkan mereka mampu bersaing dengan mana-mana pasukan pilihan. Melaporkan : Mohd Riduan bin Md Yusof

Thursday, February 21

Pasukan Bola Tampar (P) Bawah 12 Cipta Sejarah

Paroi, 19 Feb : Jika tahun lalu, pasukan Sepak Takraw membawa balik gelaran Juara MSSD Seremban 1, kini giliran pasukan bola tampar perempuan bawah 12 tahun SKKD mencipta sejarah di gelanggang keramat Kompleks Sukan Paroi. Tidak diletakkan sebarang harapan pada mulanya, namun kekentalan, keazaman akhirnya mimpi indah bergelar juara menjadi kenyataan. Jika pasukan lelaki memulakan langkah kiri tewas 0-2 kepada Sk Sri Seremban, pasukan perempuan turut bermula sumbang tewas di tangan SK Desa Cempaka. Namun strategi dan kata semangat kembali dihambur oleh barisan guru yang bertugas mula menampakan sinar apabila pasukan lelaki menewaskan SK Batang Benar dengan 2-0. Pasukan perempuan turut berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan untuk menewaskan SK Batang Benar juga dengan 2-0.Pasukan lelaki layak ke suku akhir. Pasukan perempuan juga menempah tempat ke suku akhir dengan menewaskan SK Pantai juga dengan 2-0. Memasuki pusingan suku akhir pasukan lelaki akan diuji oleh SK Wawasan. Tidak gentar dengan reputasi lawan yang menjuarai kum[ulan, SKKD dilihat mudah meratah dengan 2-0. Namun di separuh akhir pasukan lelaki yang berhasrat menukar warna pingat tempat ke tiga gagal apabila tumpas kepada Sk Sri Seremban sekali lagi dengan 0-2. Namun semangat melawan yang ditunjukan pemain hampir memerangkap pasukan juara itu. Pasukan lelaki yang diketuai oleh Muhammad Ammar Furqan terpaksa berpuas hati dengan tempat ketiga. Pasukan perempuan meneruskan pusingan xy dengan bertemu SK Ulu Beranang. Pasukan yang sering menjadi rakan sepelatih ini mudah dijinakkan dengan 2-0. Perlawanan ke 2 menemukan SKKD dengan SK Mendum yang dilihat berusah mencalar rentak kemengan SKKD. Berjaya mengheret SKKD ke tie break sebelum mengalah dengan 1-2. SKKD layak ke separuh akhir dengan bertemu SK Seri Klana. Seolah sudah tertulis bahawa kesabaran penentu kejayaan, SKKD diasak hingga ke tie break sebelum menang 2-1 ke atas Sk Seri Klana. Perlawanan akhir diantara SKKD dan SK Rahang jelas milik SKKD apabila menang mudah 21-6 di set bersama. Kata-kata semangat dari guru Besar, En Arifin bin Md Yusof melonjakkan semangat pemaian untuk menamatkan set ke 2 dengan 21-16 seterusnya menjuarai kejohanan. Tahniah kepada kapten perempuan Intan Farahana yang berjaya membimbing rakan sepasukan di saat genting dan getir. Tahniah buat jurulatih Puan Suzilawati (P), En Ahmad Zuraidi (L) , En Firdaus (Pen Jurulatih) , En Riduan Pengurus (L), Cik Nurul Ashikin Pengurus (P) , guru praktikum Naim, Hilmi, Ustaz Khairie dan semua guru SK Kg Daching. Alhamdulillah KITA JUARA. MELAPORKAN : Cikgu Riduan @ Nadi Sukan Daching

Wednesday, February 20

SKKD menempa nama lagi......





Tahniah kepada pasukan bola tampar sekolah kerana telah berjaya memenangi pertandingan bola tampar peringkat daerah yang telah diadakan pada 19. 02. 2013 yang lalu. Pihak sekolah telah menghantar dua pasukan iaitu pasukan lelaki dan perempuan. Pasukan perempuan telah berjaya muncul menjadi johan dalam pertandingan tersebut. Ini merupakan julung kali pasukan sekolah menjadi johan dalam pertandingan ini yang mulai disertai pada tahun 2011. Manakala pasukan lelaki pula muncul tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Tahniah kepada pengurus pasukan dan jurulatih pasukan bola tampar sekolah yang terdiri daripada Encik Ahmad Zuraidi Bin Abd Wahab, Puan Suzilawati Binti Hj Ghazali, Encik Mohd Firdaus bin Mustafa, Cik Nurul Asyikin Binti Che Aziz. TAHNIAH KERANA BERJAYA MENGHARUMKAN NAMA SEKOLAH.

Thursday, February 14

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 34 TAHUN 2013






Syukur alhamdulillah mesyuarat agung PIBG kali ke-34 telah berjaya dijalankan. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran ibu bapa dalam mesyuarat agung tersebut. Semoga kerjasama yang erat akan dapat dijalinkan antara pihak PIBG dengan pihak sekolah bagi menjamin kelangsungan kecemerlangan sekolah ini. Majlis yang dimulakan dengan taklimat tentang SARANA ibu bapa yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan. Mesyuarat agung ini telah dirasmikan oleh YB Tuan. Mustafa Bin Salim, iaitu ADUN Kawasan Lenggeng. Turut hadir sama ialah Puan Khalidah Binti Omar iaitu wakil Pejabat Pelajaran Daerah Seremban.

Thursday, February 7

Sambutan Maulidur Rasul 2013





Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan dengan penuh meriah di SK Kampong Daching, Lenggeng. Majlis sambutaan Maulidur Rasul ini telah dirasmikan oleh guru besar iaitu Encik Arifin Bin Md Yusof. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti perarakan yang disertai oleh murid-murid , guru-guru serta kakitangan sekolah. Selepas majlis perarakan telah diadakan pertandingan melukis, hafazan serta pertandingan azan. Hadiah-hadiah pertandingan telah disampaikan oleh guru besar sekolah. Tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam yang diketuai oleh Ustaz Mohd Fadzil Bin Abdullah, Ustazah Suryati Binti Ali serta guru-guru J-Qaf iaitu Puan Nurashikin Binti Malik, Cik Nurul Asyikin Binti Che Aziz serta Ustaz Khairil  kerana telah berjaya menjalankan majlis ini dengan sempurna. Terima kasih juga kepada semua guru SKKD yang telah bekerjasama menjalankan majlis ini. Teruskan usaha yang murni ini.........................

Monday, February 4

Amukan di Padang SK Mantin

Mantin, 2 Feb : Pasukan bola sepak SK Kg Daching mencatat keputusan di luar dugaan pada pagi sabtu dengan kemenangan bergaya. Perlawanan yang sepatutnya berlangsung lebih awal telah tertangguh telah bermula tepat jam 8.30 pagi. Pasukan SKKD dilihat mendominasi permainan dengan beberapa percubaan yang tersasar dan berjaya dibaca penjaga gol SK Mantin. Namun kelekaan pertahanan SKKD akhirnya dihukum melalui satu serangan balas SK Mantin untuk lawan menjaringkan gol pertama melalui serangan pertama mereka. Ketua pasukan SKKD Azim, menyemarakan semula saingan dengan menjaringkan gol penyamaan 5 minit selepas gol awal lawan itu. Separuh masa tamat SKKD 1 - 1 SK Mantin. Aksi di separuh masa ke 2 diteruskan lagi dengan SKKD yang mendapat suntikan semangat dari jurulatih En Arifin b. Hj Ismail mula mengorak langkah melancarkan serangan ke dalam kotak penalti SK Mantin. Haziq Aiman membuktikan beliau masih penyerang utama SKDD melalui jaringan cantik hasil kelam kabut di hadapan gol lawan. Giliran Aiman Ghazali menambah derita SK Mantin pada minit ker 40 untuk gol ketiga. Haziq Aiman menambah hatrik pada minit ke 45 dan 48 untuk SKKD di depan dengan 5 - 1. SKKD terus bernafsu memburu jaringan melalui pemain tengah Fairuz menambah gol ke enam dan pemian gantian yang merupakan pemain bawah 10 tahun Daching 9 FC, Ariff menamatkan pesta gol SKKD dengan jaringan ke 7. Keputusan penuh SK Kg Daching 7 - 1 SK Mantin. Ketika diminta mengulas tentang perlawanan persahabatan pada hari ini, Cikgu Firdaus menyatakan beliau berpuas hati dengan peningkatan permainan beberapa pemain dan beliau juga mengingatkan bahawa ini baru permulaan dan sasaran sebenar adalah kejohanan MSSD Seremban 1 yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Melaporkan @Cikgu Duan Nadi Sukan Daching 901

Saturday, February 2

Penyampaian Watikah Lantikan Pengawas 2013

Daching, 21 Jan : Majlis penyampaian watikah lantikan pengawas sekolah bagi Tahun 2013 telah disempurnakan oleh gur besar SKKD , En Arifin bin Md Yusof. Upacara lantikan pada pagi itu dimulakan dengan bacaan ikrar pengawas yang diketuai oleh Muhammad Asyraf Syazwan bin Sulaiman. Majlis seterusnya ialah penyampaian watikah kepada semua 25 orang pengawas Tahun 2013. Semoga dengan penyampaian watikah ini, semua pengawas akan bertugas denga bersungguh-sungguh demi menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Keputusan Lenggeng Derby : SKKD VS SKUB

Ulu Beranang, 31 Jan : Pertemuan 'derby' diantara dua buah sekolah yang jiran SK Kg Daching dan SK Ulu Beranang memihak kepada pasukan pelawar iaitu SK Kg Daching. Bagi perlawanan bola tampar lelaki SKKD telah menumpaskan SKUB dengan 2-0. Manakala bagi bola tampar wanita SKKD tewas kepada SKUB dengan 1-2. Walau pun tiada kemudahan gelanggang bola tampar yang sebenar, namun pemain SKKD dilihat mampu bersaing memberi cabaran dan diharap mementum ini kekal sehingga kejohanan peringkat MSSD. Sementara itu, perlawanan bola sepak yang menjadi tumpuan pada hari itu juga memihak kepada SK Kg Daching. SKKD yang diwakili Daching 9 Fc berjaya menewaskan tuan rumah SKUb dengan 2-0. Perlawanan bermula dengan agar perlahan kerana pemain SKKd masih cuba menyesuaikan diri dengan keadaan padang. Namun hasil percubaaan bertali arus ke kubu SKUB akhirnya kapten , M. Azim berjaya memecah kebuntuan menerusi tendangan separuh volley pada minit ke 19. Tamat separuh masa SKKD 1-0 SKUB. Bemula separuh masa kedua SKKD terus rancak menyerang terutama melalui pemain sayap Zulfazli dan sesekali cubaan jarak jau dari Fairuz@Kuna. SKKD akhirnya menambah gol kedua melalui Haziq Aiman hasil kelam kabut dihadapan gol SKUB. Di hujung saingan SKUB dilihat cuba mengatur serangan namun sehingga tamat keputusan kekal SKKD 2- 0 SKUB. Nadi Arena 901 Daching.

Friday, February 1

Pesta Buku 1Malaysia....






Syukur alhamdulillah kerana akhirnya terlaksana juga impian membawa murid-murid ke Pesta Buku IMalaysia yang telah diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur (PWTC). Walau banyak rintangan untuk mendapat kebenaran Jabatan Pelajaran namun dengan berkat usaha akhir berjaya mendapat kebenaran untuk lawatan ke pesta buku tersebut. Seramai 80 orang murid serta 5 orang guru dan 3 orang bekas murid telah menyertai lawatan ke pasta buku ini. Terima kasih juga kepada Encik Kamal iaitu penjaga salah seorang murid tahun 6 yang telah berusaha untuk mendapatkan sebuah bas dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Persekutuan Kajang (SMAP Kajang ). Semoga ini menjadi pemangkin kepada murid-murid untuk belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR 2013 nanti. Kepada semua guru serta bekas murid yang sama-sama menjaga murid-murid semasa lawatan tersebut diiucapkan ribuan terima kasih.