Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan, Malaysia

Tuesday, July 31

Berusaha......Bertawakal


ERTI TAWAKAL :

Tawakal kepada Allah Ta’ala ialah menyerahkan urusan kepadaNya, bergantung kepadaNya dalam semua keadaan, berlepas diri daripada daya upaya sendiri dan bergantung kepada daya dan kekuatanNya.




KEPENTINGAN TAWAKAL

Sifat ini harus dipupuk dan dibajai sebaik mungkin oleh para murid. Tanpa tawakal yang tinggi kepada Allah, mana mungkin kita dapat mengharungi ujian yang menimpa. Setelah kita berusaha sedaya upaya, tiada usaha yang dapat dilakukan untuk mendapatkan kejayaan, melainkan tawakal kita kepada Allah dengan sepenuh hati. Usaha yang dibuat selama ini, tiada nilainya, andai tiada pergantungan kepada Allah.  Apa yang penting kita harus berusaha tanpa mengenal erti jemu. Tiada istilah “ kalau” bagi orang yang bertawakal setelah segala usaha yang dilakukan bersungguh-sungguh. Antara ayat-ayat yang berkaitan dengan bertawakal adalah seperti berikut;

1. أللّهم أسلمتُ نفسِي اليكَ وِفوضتٌ أمرِي اليك

( Wahai Allah, aku serahkan diriku kepada Mu, dan aku serahkan segala urusanku kepadaMu ) Riwayat al-Bukhari dan al- Muslim

2. بسم الله أمنتٌ بالله اعتصمـتٌ بالله توكلتٌ على الله لا حول ولا قوة الاّ بالله

( Dengan Nama Allah, aku beriman, dengan Allah aku berperang, dengan Allah aku bertawakal, kepada Allah yang tiada sebarang kekuatan kecuali kekuatran Allah ) Riwayat Ahmad
Kepada semua murid yang dikasihi berusahalah selagi ada peluang dan jangan lepaskan peluang yang ada. InsyaAllah, Allah tidak pernah melupakan orang yang sentiasa berusaha.

Monday, July 30

Selamat Datang.....moga menjadi guru dedikasi...


Pada 23. 07. 2012 yang lalu seramai dua orang guru pelatih telah ditempatkan di SK Kampong Daching untuk menjalini latihan praktikum kali ke-2. Mereka terdiri daripada Nor Azrin Bin Norbani dan Mohd Qarib Bin Zainal Abidin yang merupakan pelatih IPGM Kampus Raja Melewar, Seremban. Kedua-dua pelatih ini merupakan opsyen Pemulihan/ Bahasa Melayu. Semoga menjadi seorang guru yang berdedekasi dalam mengharungi cabaran dalam bidang perguruan. Jadikan pratikum ini sebagai medium untuk menambahkan ilmu yang sebenar.

Tuesday, July 24

Program Ihyak Ramadhan 2012

SK Kg Daching, 20 Julai : Betempat di Dewan SK Kg Daching telah di adakan pelancaran program Ihyak Ramadhan 2012 peringkat SK Kg Daching. Program anjauran Panatia Agama Islam ini telah dirasmikan oleh GPK Hem, En Arifin bin Hj Ismail mewakili guru besar. Antara intipati ucapan beliau ialah beliau menyeru agar semua murid menghayati pengertian Ramadhan yang sebenar. Selain berpuasa kita digalakkan memperbanyakkan amalan seperti membaca al-quran dan berzikir. Beliau berharap agar murid yang berada di tahap satu mula berlatih puasa kerana kantin sekolah akan ditutup sepanjang Ramadhan ini. Majlis diserikan lagi dengan bacaan ayat suci al-quran, sajak dan nasyid bertemakan Ramadhan yang dipersembahkan oleh murid SK Kg Daching. Sepanjang Ramadhan ini, Panatia Agama Islam telah merancang beberapa program bagi mengimarahkan bulan Ramadhan kali ini.

Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat SK Kg Daching

Kg Daching Hilir, 17 Julai : Bertempat di dataran perhimpunan SK Kg Daching telah diadakan majlis pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat SK Kg Daching. Program yang berjalan serentak di seluruh negara ini telah dirasmikan oleh Guru Besar, En Noorlin bin Saad. Program yang dikelolakan oleh unit Hem SKKD dan diketuai oleh En Ariffin bin Hj Ismail selaku pengerusi sambutan. Majlis pada pagi itu dimulakan dengan upacara menaikkan Jalur Gemilang dang nyanyian lagu Negaraku. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan pelancaran oleh guru besar. Seterus majlis diserikan lagi dengan ceramah kemerdekaan yang disampaikan oleh Mejar (B) Jaafar bin Zainal Abidin merupakan antara anak jati Kg Daching yang berpengalaman bertugas sebagai tentera di era pasca kemerdekaan. Kemuncak acara pada hari itu ialah penyerahan bendera Jalur Gemilang kepada pasukan berbasikal SK Kg Daching oleh guru besar. Akhir sekali telah diadakan konvoi berbasikal mengibarkan bendera di sekeliling Kg Daching disertai hampir 30 buah basikal.
Unit Hem akan menganjurkan beberapa acara bagi memeriahkan kempen Kibar Jalur Gemilang yang akan tamat pada 16 September 2012.

Monday, July 23

Sekitar Bengkel Menjawab Soalan UPSR Kali ke-2


Syukur alhamdulillah Bengkel Menjawab Soalan kali ke-2 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Terdapat dua buah sekolah jemputan yang turut bersama iatu SK Sungai Jai dan SK Dato' Klana Putra. Semoga ikatan dan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.  Terima kasih juga kepada semua penceramah jemputan iaitu Encik Johar, penceramah BM,  Encik Husni penceramah Matematik, Encik Masli, penceramah Sains dan Puan Salbiah penceramah Bahasa Inggeris dan juga penceramah dalaman Encik Ahmad Zuraidi Abd Wahab , penceramah B. Inggeris yang telah mencurahkan ilmu untuk memastikan semua murid dapat tips yang berguna untuk persediaan menjawab soalan Pra UPSR yang akan diadakan pada 24, 25 dan 26 Julai ini. Unit peperiksaan dan Penilaian juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru yang sempat hadir dalam bengkel menjawab soalan kali ini. Kepada semua murid tahun 6 agar bengkel ini dapat memberi tips-tips yang berguna untuk dibawa ke bilik peperiksaan nanti. InsyaAllah usaha  yang berterusan akan membawa kejayaan.

Friday, July 20

LIGA U11 SBN 1 - SK KG DACHING HAPUS EGO SK KLIA

Labu, 19 Julai: Daching Nine FC yang mewakili SK Kg Daching ke Liga U11 Seremban 1 telah memulakan aksi ke 2 liga dengan bertemu SK KLIA di Padang SK Labu Hilir, Labu. Perlawanan telah bermula jam 3.50 minit petang penonton dipamerkan corak berhati-hati oleh kedua pasukan. SK Kg Daching (SKKD) terlebih dahulu melakukan percubaaan melalui Haziq Aiman namun percubaannya tersasar. SKKD terus bertali arus menduga pasuka pertahanan SK Klia dan pada minit ker 12 , Zulfazli pemain sayap SKKD berjaya menyambar peluang di hadapan pintu gol SKLIA untuk SKKD mendahului SK Klia. SKKD dilihat terus mendominasi saingan dengan beberpa peluang dicipta oleh pasangan penyerang Haziq Aiman dan Aiman Ghazali dan akhirnya Aiman Ghazali berjaya mencatat nama sebagai penjaring gol ke 2 SKKD pada minit ke 26. Tamat separuh masa SKKD 2 - 0 SK Klia. Separuh masa kedua bermula dengan SKKD terus mengandakan asakan dan hasilnya pada minit ke 35 SKKD mendapat sepakan percuma di luar petak penalti SK KLIA dan Fairuz Zainal @ Kuna berjaya menjaringkan gol ke 3 melalui sepakan yang cantik. Ketinggalan 3 gol menyebabkan SK KLIA tersentak dan mula menyusun gerak menyerang kubu SKKD bertubi-tubi. Namun kekentalan barisan pertahanan yang diterajui kapten , Muhd Azim berjaya menghalang penyerang SK Klia. SKKD terus melancarkan serangan balas dan nyaris menambah 2 lagi gol melalui pasangan penyerang berbisanya. Di minit-minit akhir permainan SK KLIA berjaya medapat gol saguhati akibat kelekaan barisan pertahanan SKKD.Musuhnya habis binasa. SKKD 3 - 1 SK KLIA Tahniah pasukan SKKD (Daching Nine FCC) kerana kesungguhan dan komitmeN yang jitu. -
Melaporkan : CIKGU DUAN NADI SUKAN DACHING

Daching Nine FC U10 Tersekat di Suku Akhir

KLIA, 14 Julai : Pasukan U10 Daching tersekat di suku akhir Kejohanan U10 Prokids/SK KLIA 2012. Kejohanan yang berlangsung Padang SMK KLIA telah mengumpulkan hampir 30 buah pasukan kelab dari seluruh N.Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur. Pasukan Daching 9 Fc telah diletakkan di dalam kumpulan A bersama Lestari Junior A, Prokids A dan Tigerfool FC. Keputusan Penuh : Peringkat Kumpulan : Daching Nine FC 1 - 0 Lestari Junior A Tigerpool FC 0 - 3 Daching Nine FC Daching Nine FC 1 - 2 Prokids Klia Pusingan Ke 2 : Daching Nine FC 1 - 0 Lion FC Suku Akhir : YNS/KLIA o - 0 Daching Nine FC (YNS/KLIA menang penalti 2-1)

Thursday, July 19

Daching Nine FC Tewas di Perlawanan Pertama Liga U11

Nilai, 6 Julai : Bertempat di Padang Sk Taman Semarak , Pasukan bola sepak SK Kg Daching (Daching Nine FC) telah membuka tirai liga U11 Seremban 1 dengan pertemuan pertam bertemu SK Desa Jasmin. Mengikut jadual asal Daching Nine Akan bertemu SK Mantin, namun pasukan lawan tidak kunjung tiba. Perlawanan bertemu SK Desa Jasmin yang diperkuat beberapa pemain daerah berlangsung dengan seimbang dengan kedua pasukan saling mengancam kubu lawan. Namun dihujung saingan babak pertama Sk Desa Jasmin berjaya memecah kebuntuan untuk mendahului 1-0. Separuh masa kedua bersambung dengan Sk Desa Jasmin mendominasi saingan sehingan berjaya mendapat gol ke 2 yang kelihatan off-side namun dibenarkan oleh pengadil. Ketinggalan 2 gol tidak mematahkan pasukan Daching Nine yang dibimbing Ariffin Hj Ismail dengan seringkali mengancam kubu lawan. Penyerang Haziq Aimah beberapa kali berjaya mencemaskan kubu Desa Jasmin namun hampa hingga hujung saingan. Keputusan penuh : SK Kg Daching 0 - 2 SK Desa Jasmin SK KLIA 1 - 2 SK LBJ Melaporkan : Cikgu Duan - NADI SUKAN DACHING

Monday, July 16

Sekitar Senamrobik 1Malaysia




Pada 10. 07. 2012 satu senamrobik telah dijalankan di SK Kampong Daching. Program ini telah dijalankan serentak seluruh negara. Pada hari tersebut guru-guru, murid-murid serta kaki tangan sekolah telah bersama-sama menjalankan senamrobik selama 35 minit. Program ini telah berjalan dengan lancar. Selepas senamrobik itu satu program berjalan telah diadakan. Guru-guru, kakitangan sekolah serta murid-murid telah menjayakan program ini dengan berjalan kaki sekitar kawasan Kampung Daching. Tahniah kepada semua warga sekolah yang telah bersama-sama menjayakan program ini.

Murid Contoh Bulan Julai

Tahniah kepada semua murid yang terpilih menjadi murid contoh pada bulan Julai. Semoga semoga program ini menjadi satu pemangkin kepada semua murid SK Kampong Daching untuk mengikut jejak langkah rakan-rakan yang pernah terpilih menjadi murid contoh. Tahniah sekali lagi.

Thursday, July 5

Tahniah.....Semoga cemerlang selalu....



Tahniah diucapkan kepada Puan Siti Fatimah Binti Wahab dan Puan Saripah Binti Hasan kerana telah terpilih untuk menerima APC. Semoga dengan kejayaan ini, akan menambahkan lagi semangat serta usaha dalam bidang masing-masing. Warga sekolah mengucapkan setinggi tahniah. Teruskan kecemerlangan anda.....

Wednesday, July 4

Daching9 FC Bakal Sertai Liga Super BaWAH 11 Tahun 2012

Daching, 4 Julai : Pasukan Daching 9 Fc yang telah ditubuhkan sejak awal januari 2012 bakal menyertai Liga Super Bola Sepak Bawah 11 Tahun Daerah Seremban 1. Liga yang dianjurkan oleh SK KLIA ini akan disertai 8 buah sekolah dari daerah Seremban 1. Antara sekolah yang akan mengambil bahagian ialah SK Kg Daching, SK Klia, SK Mantin, SK LBJ, SK Shahbandar Abu Bakar, SK Desa Cempaka, SK Taman Semarak dan SK Desa Jasmin.Liga ini bertujuan membantu sekolah yang bertanding untuk membuat persiapan bagai menghadapi Kejohanan MSSD 2013. Daching 9 FC akan membuka tirai liga menentang SK Mantin pada 6 Julai 2012 (Jumaat) Jam 4.15 petang di Padang Sk Taman Semarak. Seluruh warga SK Kg Daching dijemput memberi sokongan.

Tuesday, July 3

Tahniah kepada Adik Syifa

Tahniah kepada adik Syifa kerana telah berjaya mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan mengarang Tahap 1  peringkat negeri sekolah-sekolah kebangsaan yang telah diadakan di SK Wawasan pada 23 Jun 2012 yyang lalu.