Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan, Malaysia

Wednesday, March 30

Biar bersusah-susah dahulu....

Dalam hidup ini, hendak mencapai sesuatu kejayaan tiada jalan pintas. Jalan menuju kejayaan mesti menempuhi banyak kepayahan dan pengorbanan. Bagaikan mengejar mutiara di lautan, terpaksa menyelam ke laut dalam yang penuh dengan bahaya. Kebanyakkan orang suka mendengar kata orang daripada mencuba dan berusaha. Sepatutnya jangan peduli sangat apa kata orang. Jangan akhirnya kita memilih sesuatu yang senang hanya kerana tidak mahu merasakan kesusahan dan cabaran. Jika awal-awal lagi kita sudah menolak sesuatu peluang kerana takutkan kesusahan, orang lain pula berebut-rebut mengambil peluang dan ruang tersebut. Tetapkan matlamat yang kita ingin capai dalam hidup. Fikirkan masa depan yang cemerlang, kita akan menjadi apa yang kita selalu fikirkan. Cabarlah diri untuk melakukan yang terbaik. Bersusah dahulu bersenang kemudian. Semoga kesusahan atau kepayahan yang dihadapi hari ini menjadikan kita insan yang mempunyai semangat juang yang tinggi. Dengan semangat juang itulah kita akan menjadi orang yang berjaya.

Monday, March 28

Tahniah kepada pemenang....



Tahniah kepada adik Nusalina Bte Ibrahim kerana telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan mengarang bahasa Melayu( Tahap 1 ) dan adik Nurshahirah Bte Omar (Tahap 2 ) yang mendapat saguhati. Sekalung tahniah kepada Puan Siti Mariyam Hj Othman selaku guru pengiring. Pertandingan tersebut telah diadakan di SK Desa Cempaka, Nilai. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh En Zaimy Bin Hj Mohd Nor , Penolong PPD (Ko-Akademik). Tahniah kepada semua……

Saturday, March 26

Mengorak Langkah Kejayaan...








Hari ini 26 Mac 2011, Bengkel menjawab soalan Bahasa Melayu dan Sains telah dijalankan di Dewan Sekolah Kebangsaan Kampong Daching. Seramai 43 orang murid telah menyertai bengkel menjawab Soalan ini. penceramah jemputan ialah Puan Rubiah dari SK Labu Johnson dan Encik Johar Bin Hamzah dari SK Kampong Baru Sirusa, Port Dickson. Jutaan terima kasih kepada kedua-dua orang penceramah yang sudi hadir untuk berkongsi ilmu. Dua buah sekolah dijemput hadir, iaitu SK Sungai Jai dan SK Dato' Klana Putra, Lenggeng yang diwakili seramai 6 orang setiap sekolah. Guru yang sempat hadir dalam program ini ialah Puan Siti Fatimah Bte Wahab, Puan Zaimah Bte Mohamad, Encik Mohd Firdaus Bin Mustafa serta guru penolong kanan 1 Encik Abd Aziz Bin Ishak. semoga dengan adanya usaha sebegini sekolah akan sekali lagi mencapai keputusan yang baik dalam UPSR 2011. InsyaAllah....

Wednesday, March 9

Bila SK Kampong Daching mula berkokok.......

Tahniah kepada pasukan bola tampar sekolah kerana berjaya mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan bola tampar peringkat Daerah Seremban 1. Walaupun julung kali menyertai pertandingan ini, namun atas semangat yang jitu, pasukan sekolah berjaya mencapai sasarannya. Tahniah juga kepada pengurus pasukan Ustaz Mohd Fadzil Bin Abdullah, jurulatih pasukan lelaki En. Ahmad Zuraidi Bin Abd Wahab, En. Mohd Firdaus Bin Mustapha serta jurulatih pasukan perempuan iaitu Pn. Suzilawati Ghazali, Pn. Nurashikin Abd Malik. TAHNIAH DARI SELURUH WARGA SEKOLAH.......

Saturday, March 5

Sekitar Mesyuarat Agung PIBG kali ke-32

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-32 telah diadakan pada 05. 03. 2011 yang telah dirasmikan oleh Pengerusi JKKK Kampong Daching merangkap Ketua UMNO Cawangan Kampung Daching Tengah iaitu Tuan Hj Ramli Bin Kamin. Majlis telah dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu kebesaran Negeri Sembilan. Kehadiran ibu bapa amat menggalakkan.

Wednesday, March 2

Tahniah....


Tahniah kepada adik Siti Mawaddah Bte Mustapha kerana telah berjaya menduduki tempat kedua dalam pertandingan bercerita peringkat Daerah Seremban 1 yang telah diadakan di SK Pendidikan Khas, Seremban. Tahniah juga kepada guru pengiring iaitu Puan Siti Mariyam Bte Hj Othman. Adik Siti Mawaddah akan mewakili Seremban 1 ke peringkat negeri yang akan diadakan pada bulan 5 nanti. Hadiah telah disampaikan oleh Encik Rosni Bin Pilus, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Seremban. Teruskan kecemerlangan anda.....

Tuesday, March 1

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah





Pada 1 Mac 2011 telah berlangsung majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Majlis ini telah dimulakan dengan perarakan murid dan guru di sekitar kawasan Kampung Daching. Selepas perarakan majlis diteruskan dengan bacaan ayat suci Al Quran yang telah disampaikan oleh Adik Siti Mawaddah Bte Mustapha. Selepas itu ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Azman yang dijemput khas dari SK Dato Klana Putra Lenggeng. Majlis sambutan init telah berlangsung dengan penuh meriah dan diharapkan telah mencapai objektif penganjurannya. Selalung tahniah buat Panitia Agama Islam kerana telah berjaya menganjurkan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah ini. Terima kasih juga kepada semua guru SK Kampong Daching, murid-murid, staf sokongan dan kantin sekolah yang berganding bahu menjayakan majlis ini.

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

Pada 1 Mac 2011 telah berlangsung majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Majlis ini telah dimulakan dengan perarakan murid dan guru di sekitar kawasan Kampung Daching. Selepas perarakan majlis diteruskan dengan bacaan ayat suci Al Quran yang telah disampaikan oleh Adik Siti Mawaddah Bte Mustapha. Selepas itu ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Azman yang dijemput khas dari SK Dato Klana Putra Lenggeng. Majlis sambutan init telah berlangsung dengan penuh meriah dan diharapkan telah mencapai objektif penganjurannya. Selalung tahniah buat Panitia Agama Islam kerana telah berjaya menganjurkan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah ini. Terima kasih juga kepada semua guru SK Kampong Daching, murid-murid, staf sokongan dan kantin sekolah yang berganding bahu menjayakan majlis ini.