Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan, Malaysia

Thursday, September 30

Tukarkan masalah kepada Peluang.

Sesuungguhnya, segala-galanya bermula dari dalam fikiran. Kalau fikiran kita mengatakan bahawa kita sedang berhadapan dengan masalah, maka perkara itu akan menjadi masalah dan bebanan. Tetapi, kalau fikiran kita mengatakan bahawa kita sedang berhadapan dengan peluang maka kita selangkah untuk mencapai kejayaan. Segala-galanya bermula dari dalam fikiran kita. Fikiran kita akan menentukan hala tuju berlandaskan keimanan.

Wednesday, September 29

Kejohanan Futsal UPSR 2010 peringkat SK Kampong Daching



Kg. Daching Hilir, 29 September : Aktiviti fusal menjadi pilihan murid Tahun 6 SKKD bagai mengisi masa selepas tamatnya peperiksaan UPSR minggu lalu. Kejohanan peringkat sekolah ini telah disertai 4 buah pasukan bagi kategori lelaki dan 4 buah pasukan kategori perempuan. Seramai 4 orang guru secara bergilir-gilir telah memantau kejohanan ini. Kejohanan ini juga bertujuan memilih 8 orang pemain yang bakal mewakili sekolah ke pertandingan futsal peringkat Daerah nanti. Berikut keputusan kejohanan dan murid yang terpilih mewakili pasukan futsal sekolah.

Kategori lelaki :

Pertama - Kambing Liar
Kedua - Monyet
Ketiga - Harimau
Keempat - Cheetah

Kategori perempuan:

Pertama - Tulip
Kedua - Kaktus
Ketiga - Orkid
Keempat - Mawar

Senarai pelatih : (L)
1. Amirul Hakim
2. Afif
3.Karim
4. Qayyum
5. Rasul
6.Rosli
7. Muhaimin
8. Asraf

Senarai pelatih : (P)
1. Hafizah
2.Nabila
3.Nasha
4. Shikin Ramli
5. Shikin Rahim
6. Shahira Afendi
7.Aishah Eidi
8. Fazlin

Thursday, September 23

Kini masa untuk....









Syukur alhamdulillah peperiksaan UPSR 2010 telah melabuhkan tirainya pada pukul 3.45 petang tadi.Segala usaha telah dilakukan, kini masanya kita berserah kepada Allah. Jika doa dipohon untuk ketenangan jiwa murid-murid untuk menjawab soalan peperiksaan, kini sampainya masanya pula kita bersama-sama berdoa, menadah tangan kepada Allah swt agar agar diberi ruang kasih dan kasihan kepada pemeriksa agar memberi ketengan jiwa, kelonggaran, belas kasihan semasa menanda kertas peperiksaan. Kepada semua ibu bapa marilah sama-sama kita sentiasa berdoa agar apa yang kita hajati akan dimakbulkan Allah. Allah sentiasa mendengar doa hambanya....marilah kita sama-sama berdoa dan bertawakal.......Amin

Sunday, September 19

Teliti dan kesungguhan

“Kesungguhan” ialah perihal sikap bersungguh-sungguh, minat serta ketekunan melakukan sesuatu, ketulusan, berusaha dan bekerja dengan segenap hati, dengan penuh minat dan tidak main-main. Kalau kita sering memandang ringan dengan tangjungjawab dan rutin tugas kita, bermakna kita tidak bersungguh-sungguh dalam pekerjaan itu. Ia membawa kepada kurang teliti dan kurang cermat. Maka hasil kerja kita sering tidak memuaskan. Jadi apabila melakukan sesuatu pekerjaan kita haruslah melakukan yang terbaik, teliti dan bersungguh-sungguh. Biarlah susah sedikit kerana hasilnya MANIS.

Wednesday, September 15

.......Sekadar Berbicara

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk,
Murid belajar sambil mengantuk.
Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon,
Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat,
Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap,
ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara,
ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai,
tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa,
dikenang murid sepanjang masa

Sunday, September 12

Usaha tambah Doa

Di dunia ini tiada yang percuma. Untuk mendapatkan apa sahaja yang dihajati, kita perlu berusaha dan berdoa. Gabungan usaha dan doa akan membuahkan kejayaan dalam apa sahaja perbuatan yang kita lakukan.

Usaha tambah Doa-------------Orang Mukminin
Usaha tanpa Doa--------------Orang Sombong
Tiada Usaha tambah Doa-------Orang yang Malas

Allah memberikan hak istimewa kepada golongan tertentu. Doa mereka takkan terhijab malah mustajab. Siapakah mereka?

1. Doa ibu bapa kepada anak-anak.
2. Doa anak soleh yang mentaati kedua-dua ibu bapa.
3. Doa orang yang teraniaya atau mereka yang berada dalam kesusahan.
4. Doa seorang sahabat yang mendoakan sahabat dalam keadaan sahabat itu tidak tahu bahawa dia didoakan.
5. Doa orang yang sedang dalam musafir
6. Doa pemimpin yang adil untuk orang di bawahnya.

Sebagai ibu bapa marilah kita bersama-sama berdoa agar anak-anak kita dapat menjawab dengan tenang semasa peperiksaan UPSR nanti. AMIN.

Tuesday, September 7

Berdoa dan bertawakal

Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Kita tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan. Kejayaan pasti akan kita kecapi, jika kita telah berusaha