Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan, Malaysia

Thursday, May 13

Canang oh Canang

Tadi baru selesai peperiksaan canang 1, nampaknya ada banyak peningkatan dalam semua mata pelajarn. Tahniah la kepada rakan-rakan semua kerana cepat memeriksa kertas jawapan canang 1 ni. Keputusan tidak rasmi setiap mata pelajaran nampak banyak peningkatan. Alhamdulillah berkat kerja keras berpasukan. Semoga kerja keras ini diteruskan sehingga UPSR pada bulan sembilan nanti. Segala kelemahan yang terdapat dalam Canang 1 ini akan dikaji untuk diperbaiki dalam peperiksaan seterusnya. Nampaknya wira dan wirawati ini akan sekali lagi berjuang dalam peperiksaan pertengahan tahun pada 24,25,26,dan 25 Mei ini. Biar banyak peperiksan, melatih diri dalam persiapan peperiksaan UPSR sebenar nanti. Kepada rakan guru Pn. Siti Fatimah Wahab,guru sains yang penuh berdedikasi, walaupun nak bersalin pada bulan 7 nanti, tetapi tetap bersemangat dalam meneruskan perjuangan. SYABAS ANDA GURU BERDEDIKASI.

2 comments:

  1. Tahniah guru-guru dan pelajar semua.

    Kepada pelajar2, ini menunjukkan bahawa segala usaha anda tidak akan sia2. Tanamkan semangat ingin berjaya dan insyaallah, anda pasti berjaya.

    Teruskan usaha, PIBG akan membantu segala yang termampu.

    Mazley - PIBG

    ReplyDelete
  2. Terima kasih di atas sokongan PIBG dalam mebantu perkembangan akademik murid...TERUSKAN USAHA ANDA

    ReplyDelete