Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan, Malaysia

Sunday, May 23

Catatan Hari Ahad



Jam 8 pagi telah sampai dipadang Futsal Kampung Rawa. Tergambar dalam diri keadaan yang bakal meriah dengan suasana perlawanan. Padang futsal yang baru bina pasti akan digunakan. Namun itu hanya gambaran dalam pemikiran.Sekalung tahniah kepada dua rakan yang begitu tabah menunggu 4 jam lebih,iaitu Riduan dan Firdaus guru KPLI yang cekal dan gigih. 4 jam barulah dapat menyepak bola. Jika difikirkan itulah cabaran yang harus dilalui jika ingin berjaya. Dalam hidup ini kita akan belajar, bukan hanya di dalam bilik darjah tetapi juga dipadang permainan. Kita akan belajar erti kesabaran, kesungguhan, kecekalan, persahabatan dan banyak perkara yang kita akan belajar. walaupun tewas dalam peringkat suku akhir namun dalam hatiku sedar betapa ada kesungguhan, ada kecekalan, dan ada harapan yang menggunung di dalam diri murid-muridku untuk berjaya. Syabas...kalah dan menang adat permainan tetapi yang pasti kita seharusnya belajar dari kemenangan dan apatah lagi mencari erti kekalahan. MOGA SEMANGAT YANG DITUNJUKKAN INI, BUKTIKAN DALAM UPSR 2010 NANTI. itulah KEMENANGAN YANG DICARI!

2 comments:

  1. syabas..semangat kesukanan yg tinggi... punya lama tungu punya tunggu.. Guru pengiring yg serumah dgn ku ini balik kepengsanan kepenatan kelamaan menunggu saat2 permainan dimulakan. Seawal pagi keluar rumah,sampai di padang, mcm2 ada..apapun..siapa kata CIKGU CUTI BANYAK REHAT BANYAK DUIT BANYAK.. AHAD="WEEKEND",ARAHAN DIMINTA BAWA MURID KE PERLAWANAN DEMI KEMERIAHAN MAJLIS DIRAIKAN..MAKA GURU JUGA YANG BERTUGAS DI KETIKA CUTI YG SEPATUTNYA DILUANGKAN BERSAMA ANAK2 DAN ISTERI..DEMI MEMERIAHKAN SUASANA,BERKHIDMAT UNTUK NEGARA..WALLAHUALAM...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas kesungguhan guru2 dalam menjalankan tanggungjawab. Allah jua yang dapat membalas jasa2 guru....

    Kami, ibubapa amat menghargai kesungguhan guru2.

    Mazley

    ReplyDelete