Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan, Malaysia

Wednesday, May 19

Pertandingan Pidato Piala di Raja

Daching Hilir, 19 Mei : Hari ini akan berlangsung Pertandingan Pidato Piala Di Raja bagi daerah Seremban 1 di SK Temiang, Seremban. Sk Kg Daching akan diwakili oleh Murid dari Tahun 4 iaitu Siti Mawaddah bt Mustafa dan akan diiringi oleh Cikgu Riduan sebagai guru pengiring bersama Cikgu Amran yang akan bertugas sebagai penasihat pengadil pada hari pertandingan. Semua warga SKKD mendoakan kejayaan buat Mawaddah. Semoga latihan dan bimbingan Cikgu Mariam @ ibu beliau menghasilkan kejayaan yang gemilang. Sekian..

1 comment: