Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan, Malaysia

Thursday, June 24


Pertamanya syukur kepada Allah kerana sekali lagi telah 10 tahun berturut-turut SK Kampong Daching menerima Sijil Anugerah Kecemerlangan UPSR. Kejayaan ini merupakan gandingan yang utuh antara guru-guru dalam mencorak kejayaan murid. Ini di kuatkan lagi dengan kerjasama yang erat antara PIBG dengan guru-guru. Hubungan yang erat ini membuahkan hasil yang pasti membanggakan. Lebih membanggakan SK Kampong Daching telah tersenarai 8 buah sekolah yang terbaik di Negeri Sembilan setanding dengan sekolah-sekolah yang terletak di bandar. Semoga kecemerlangan ini akan dapat dikekalkan. INSYAALLAH..

1 comment:

  1. Assalamualaikum,

    Saya sebagai mewakili ibubapa SKKD mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru yang tidak kenal penat lelah untuk membimbing anak-anak kami sehingga mencapai kejayaan ini.

    Kami mendoakan supaya ALLAH s.w.t membalas jasa-jasa yang telah guru-guru berikan selama ini.

    Diharap hubungan yang baik antara PIBG dan guru dapat diteruskan dan membuahkan hasil yang akhirnya dapat membina generasi kita yang cemerlang.

    Syukur, Alhamdulillah
    Mazley

    ReplyDelete