Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan, Malaysia

Tuesday, July 13

SK Kampong telah tercalon dalam senarai dalam pencalonan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Warga sekolah dan PIBG merasa bangga dengan pencalonan ini. Sebanyak 8 buah sekolah rendah yang dicalonkan di Negeri Sembilan dan salah satu sekolah itu ialah SK Kampong Daching, Lenggeng, Negeri Sembilan.

2 comments:

  1. A'kum,

    Sekali lagi, Tahniah diucapkan kepada seluruh warga SKKD dan Jutaan terima kasih kepada semua guru-guru.

    Dengan pemilihan ini, membuktikan bahawa dengan kerjasama semua pihak, daripada tukang kebun hinggalah ke peringkat Kerajaan Negeri, tidak mustahil kita semua akan mencapai kejayaan.

    Disedari juga, pemilihan ini adalah pemilihan yang menyeluruh, tidak kira dari bandar atau luar bandar membuktikan kita mampu bersaing. Tidak mustahil juga kita boleh menjadi yang terbaik antara yang terbaik. "Best of the best".

    Sedarlah wahai pelajar pelajar, jangan ada perasaan merendah diri, hanya kerana kita dari luar bandar. Berusahalah bersungguh2, pasti kita akan berjaya.

    PIBG mengucapkan selamat maju jaya dan amat berbangga dengan pengiktirafan ini.

    Mazley

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum semua..
    Bukan senang utk mengapai impian dan kejayaan..oleh itu gandakan usaha dan tekad...teruskan perjuangan..kerana perjuangan belum selesai...Doa restu ayah dan ibu serta guru2 mengiringi kalian semua..semuga mendapat kejayaan cemerlang...yakin boleh

    ReplyDelete