Saturday, August 14
Lakukan yang terbaik selagi ada ruang
Cepat sungguh masa berlalu. Tup,tup dan bulan lapan. Macam itulah lajunya masa berlalu. Dalam usaha untuk memulakan sesuatu yang baru, tidak pernah ada istilah terlambat. Yang penting adalah kesedaran dan usaha!. Jika belum, eloklah memperkemaskan usaha yang masih tertinggal. Waktu tidak pernah menanti kita. Kita haruslah bersiap sedia mengisi setiap detik dengan segala yang perlu. Jika kita sentiasa merasa diri sering tertinggal, itu sebenarnya adalah kelemahan diri kita sendiri yang paling nyata. Kita seharusnya berusaha memperbaiki diri. Bukan hanya memikirkan kelemahan diri tanpa berusaha untuk memperbaikinya. Langkah memperbaiki diri itu adalah satu kejayaan dalam hidup kita. Kita seharusnya melakukan yang terbaik selagi masih ada ruang. Jangan berpuas hati dengan apa yang telah kita perolehi. Kepada murid-murid yang mengambil peperiksaan UPSR ruang untuk memperbaiki masih ada. Yang penting USAHA -. Teruskan usah tanpa jemu kerana segala usaha itu nescaya ada ganjaran. Teruskan usaha. Cikgu-cikgu sentiasa mendoakan kamu…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment