Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan, Malaysia

Tuesday, June 29



Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan. Terima kasih Dato' Seri Utama Muhamad Hj Hassan , Menteri Besar Negeri Sembilan di atas sokongan yang padu kepada guru.

Tahniah


Tahniah kerana mendapat 5A dalam peperiksaan pertengahan tahun. Teruskan usaha anda.

Thursday, June 24


Pertamanya syukur kepada Allah kerana sekali lagi telah 10 tahun berturut-turut SK Kampong Daching menerima Sijil Anugerah Kecemerlangan UPSR. Kejayaan ini merupakan gandingan yang utuh antara guru-guru dalam mencorak kejayaan murid. Ini di kuatkan lagi dengan kerjasama yang erat antara PIBG dengan guru-guru. Hubungan yang erat ini membuahkan hasil yang pasti membanggakan. Lebih membanggakan SK Kampong Daching telah tersenarai 8 buah sekolah yang terbaik di Negeri Sembilan setanding dengan sekolah-sekolah yang terletak di bandar. Semoga kecemerlangan ini akan dapat dikekalkan. INSYAALLAH..

Sunday, June 20

Itu Guruku

Itu guruku
meredah gelapnya subuh
meyelusuri jalan berliku
namun tetap mahu
menunaikan bakti yang termetri

Itu guruku
dalam dirinya ada kepayahan
anak di rumah tak sempat dilayan
namun tetap mahu
melayan kami mengapai mimpi

Itu guruku
sakit dan pening perkara biasa
walau suara tidak kedengaran
namun tetap mahu
menghadiahkan kami ribuan ilmu

Itu guruku
marah dilontar bertalu-talu
ilmu diberi tidak dihargai
namun masih mau
mengajar muridnya, disimpan hati lukanya

itu guruku
langkah tidak selincah dulu
walau usia pada penghujung senja
namun tetap mahu
memimpin kami memenuhi impian.
itu guruku
Cemerlang anak didiknya itu diharapkan
terukir seyum menatap kejayaan
penat lelah terbayar sudah.

Budimu tak dapat kubayar
pengorbananmu tak dapat kubalas
namun biar dunia mendengar
ingin kulaungkan
rasa kasih yang tida penghujung
terima kasih cikgu
terima kasih cikgu
terima kasih cikgu.


Sajak ini dipetik( Berita Minggu, Ahad 21 Jun 2010)
Umi Kalsum Idham, parit Sulung, batu Pahat.

Tuesday, June 15

PROGRAM KEM KECEMERLANGAN UPSR 2010

Mantin, 14 Jun : Seramai 10 orang murid Tahun 6 SKKD telah dipilih untuk menghadiri Kem Kecemerlangan UPSR 2010 anjuran SK KLana Putra, Lenggeng dengan dianaungi Ahli DUN Lenggeng. Program ini bermula pada 14 Jun 2010 dan dijangka tamat pada 16 Jun 2010. Sebanyak 8 buah sekolah yang terletak di Dun Lenggeng telah dipilih menyertai kem ini. Antara pengisian ceramah motivasi , teknik menjawab soalan dan beberapa aktiviti riadah. Program yang mengumpulkan murid terpilih di kawasan ini diharap berjaya memberi suntikan semangat kepada murid yang bakal menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi.

Saturday, June 12

Warga SKKD di MSSM B.Sepak 2010 K.Terengganu








Kuala Terengganu, 8 Jun : Percutian Cikgu Riduan bersama isteri ke Kuala Terangganu telah diisi dengan menonton perlawanan bola sepak Kejohanan MSSM 2010 Bawah 15 Tahun. Tahniah diucapkan kepada bekas murid SKKD , Mohd Irfan (anak Cikgu Arifin) yang merupakan penyerang utama skuad N.Sembilan Bawah 15. Lebih membangga , Cikgu Arifin yang juga GPK Hem SKKD telah dilantik sebagai Penolong Jurulatih. Skuad ini telah mara sehingga suku akhir.Tahniah dan selamat maju jaya. Brikut keputusan perlawanan yang membabitkan N.Sembilan.




Peringkat Kumpulan :


1. N.Sembilan vs Kedah (1-1)

2. Perak vs N.Sembilan (1-0)


Suku Akhir :


1. N.Sembilan VS Perlis (0-1)

Friday, June 4

Hari Bertemu Pelanggan Skkd (Tahun 6)




Daching, 3 Jun : Hari bertemu pelanggan khas untuk murid Tahun 6 telah berlangsung di Dewan Sk Kg Daching. Majlis yang bertujuan membincangkan tentang prestasi terkini murid ang Tahun 6 menjelang peperiksaan UPSR yang semakin hampir. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Guru Penolong Kanan 1 , En Aziz b. Ishak mewakili Guru Besar SKKD yang menghadiri mesyuarat di tempat lain. Di dalam ucapan beliau menyerus supaya ibu bapa terus memantau anak belajar di rumah. Kerjasama dan perhatian dari ibu bapa amat perlu agar murid terus fokus terhadap persediaan mengadapi peperiksaan. Seterusnya En. Amran selaku Setiausaha Peperiksaan SKKD menyampaikan taklimat tentang prestasi terkini murid Tahun 6. Prestasi secara keseluruhannya sedang meningkat, cuma masih terdapat beberapa kelemahan yang agak ketara di dalam matapelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik. Slot seterusnya diisi dengan sesi tips khas untuk ibu bapa membantu anak menyiapkan diri menghadapi UPSR. Sesi ini telah disampaikan oleh Ustazah Hani Azmidah. Di akhir sesi diadakan perjumpaan antara ibu bapa dan guru matapelajaran. Selamat maju jaya.