Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan, Malaysia

Wednesday, January 19

Detik bersejarah itu kembali lagi.......





Pada 18hb Januari 2011 satu lagi detik bersejarah tercipta di SK Kampong Daching. Rombongan dari Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan dan Pejabat Pelajaran Daerah Seremban yang diketuai oleh Ustaz Mohamed Zaki Bin Ab Ghani, Ketua Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan. Tujuan rombongan ini adalah untuk menyampaikan penghargaan kepada pihak sekolah di atas kejayaan dalam peperiksaan UPSR tahun 2010. Seramai 13 orang murid yang mendapat 5A iaitu 33.33% daripada keseluruhan murid tahun 6. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Yang Dipertua Persatuan PIBG SK Kampong Daching iaitu Encik Mazley Bin Jamaludin. Dalam ucapannya Ustaz Mohamed Zaki mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh warga sekolah di atas pencapaian ini. Beliau berharap agar pencapaian ini dapat dikekalkan dan seterusnya dipertingkatkan pada masa akan datang. YDP PIBG merakamkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang bertungkus lumus demi kejayaan anak-anak kampung di SK Kampong Daching ini. semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada semua murid di sekolah ini dan bertekad serta berazam untuk menjadi seorang murid yang berjaya didunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment