Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan, Malaysia

Sunday, January 30

Menumpang Kasih di Sekolah

Masa kanak-kanak kita banyak dihabiskan di sekolah. Banyak pengalaman yang kita perolehi di sekolah secara sedar mahupun tidak sedar. Tugas seorang guru memang berat, berat mengikut peredaran masa. Walaupun proses pembentukan peribadi setiap individu bermula di rumah tetapi guru juga mempunyai impak yang dalam proses pembentukan ini. Selain itu guru juga sering dijadikan teladan kepada murid. Pasti diri kita mahupun sesetengah orang dapat mengingat apa yang berlaku semasa di alam persekolahan. Oleh hal demiukian, tidak hairanlah jika ada murid yang tidak dapat melupakan jasa guru walaupun sudah meninggalkan alam persekolahan. Kalau di sekolah kita amati pasti terdapat murid yang menumpang kasih di sekolah.

Pengalaman seorang teman yang begitu menyanjung gurunya mungkin dapat dikongsi bersama. teman yang telah kematian ibunya sejak berusia lima tahun sering ke sekolah dengan keadaan yang kurang terurus. pernah, ketika di sekolah rendah, beberapa butang bajunya tercsabut, lalu meminta ayahnya menjahitkan butang bajunya. Sayangnya ayahnya terlalu sibuk untuk menolong. Dia cuba meminta kakaknya menolong, jawapannya pun menghampakannya. Akhirnya, dia menjahit butang baju itu seadanya-menggunakan butang pelbagai warna. Di sekolah, gurunya terpandang akan butang bajunya yang agak kurang sempurna. Gurunya meminta dia menanggalkan bajunya, lalu menjahit butang baju itu semula.

Mungkin pengalaman teman tadi dianggap biasa-biasa sahaja oleh sesetengah orang, namun meninggalkan kesan yang mendalam bagi murid yang kehausan kasih sayang seorang ibu sepertinya.

Alangkah indah jika kita pun begitu dikenang kerana menyumbangkan sesuatu dalam diri murid......

No comments:

Post a Comment