Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan, Malaysia

Wednesday, March 30

Biar bersusah-susah dahulu....

Dalam hidup ini, hendak mencapai sesuatu kejayaan tiada jalan pintas. Jalan menuju kejayaan mesti menempuhi banyak kepayahan dan pengorbanan. Bagaikan mengejar mutiara di lautan, terpaksa menyelam ke laut dalam yang penuh dengan bahaya. Kebanyakkan orang suka mendengar kata orang daripada mencuba dan berusaha. Sepatutnya jangan peduli sangat apa kata orang. Jangan akhirnya kita memilih sesuatu yang senang hanya kerana tidak mahu merasakan kesusahan dan cabaran. Jika awal-awal lagi kita sudah menolak sesuatu peluang kerana takutkan kesusahan, orang lain pula berebut-rebut mengambil peluang dan ruang tersebut. Tetapkan matlamat yang kita ingin capai dalam hidup. Fikirkan masa depan yang cemerlang, kita akan menjadi apa yang kita selalu fikirkan. Cabarlah diri untuk melakukan yang terbaik. Bersusah dahulu bersenang kemudian. Semoga kesusahan atau kepayahan yang dihadapi hari ini menjadikan kita insan yang mempunyai semangat juang yang tinggi. Dengan semangat juang itulah kita akan menjadi orang yang berjaya.

No comments:

Post a Comment