Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan, Malaysia

Monday, April 4

Kejayaan lalu pencetus minda berfikir………

Telah banyak kejayaan yang telah diperolehi oleh Sekolah Kebangsaan Kampong Daching. Jika sekitar tahun 70-an, sebut sahaja SK Kampong Daching pastinya kecut perut bagi jurulatih-jurulatih pasukan sepak takraw sekolah diNegeri Sembilan. Semua itu adalah kerana kehebatan pasukan sepak takrawnya. Jika bertemu Daching maknanya menempah kekalahan. Itu dulu….Dalam permainan bola sepak juga, sekolah ini pernah menempa nama yang setaraf dengan sekolah-sekolah yang besar. Pernah menjadi johan dalam pertandingan futsal anjuran Kementerian Belia dan Sukan. Pernah juga mengulangi kejayaan dalam pertandingan sepak takraw dengan menjadi johan peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2007. Era kegemilangan ini diteruskan dalam pertandingan ko-akademik dengan menjadi johan dalam pertandingan NILAM peringkat Negeri Sembilan dan seterusnya mewakili Negeri Sembilan dalam peringkat Kebangsaan. Jika diimbau banyak kejayaan yang telah dikecapi, pernah juga menjadi Johan dalam Pertandingan Eureka Peringkat Negeri Sembilan yang telah diadakan di SMK Tingi Port Dickson pada tahun 2003. Kejayaan ini telah membolehkan sekolah mewakili Negeri Sembilan dalam pertandingan Eureka yang telah diadakan di Hotel Sri Malaysia Johor Bahru. Dalam pertandingan bahasa, sekolah pernah menjadi johan dalam pertandingan bercerita peringkat Negeri Sembilan iaitu pada tahun 2000 dan 2004, dan seterusnya mewakili Negeri Sembilan dalam pertandingan peringkat Kebangsaan. Pernah juga menjadi johan dalam pertandingan bahas peringkat Negeri Sembilan. Dalam pertandingan MTAQ, sekolah telah mencapai banyak kejayaan dalam tulisan Khat, dan tilawah. Jika diukur banyak kejayaan lalu yang seharusnya, menjadi pencetus minda berfikir……………

1 comment:

  1. Alhamdulillah, saya terharu bila mengingat kembali detik kejayaan kami menjadi juara setiap kejohanan sepak takraw ketika darjah 5 n 6 dulu(1985 &1986). Saya terus berbangga dgn kejayaan yg bertali arus oleh generasi selepas itu. Hingga tahun 2007 ia kembali bergegar. Syabas n tahniah pada adik2 yg bertaraf anak saya. Buat cikgu2 mmg tidak dilupakan. Anak murid adalah cerminan kepada kewibawaan anda sekelian. Tahniah cikgu2 sekelian.
    Saya kapten zakuan bin burhan(KAGAT) bertugas di Markas Tentera Udara (Mindef). Wakil Takraw MSSM N9- di Kangar Perlis-1986.

    ReplyDelete