Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan, Malaysia

Wednesday, February 22

SKKD 6 - 1 SK Mantin



Mantin, 21 Feb : Setelah seminggu berehat dari sebarang perlawanan persahabatan, Pasukan Bola sepak bawah 12 SKKD kembali beraksi dengan SK Mantin sebagai lawan ke dua.
Perlawanan telah berlangsung di padang SK Mantin.

Perlawanan bermula jam 4.30 petang bermula dengan tempo yang agak berhati-hati. Minit-minit awak SKKD kelihattan masih gugup namun satu serangan yang dilakukan pada minit ke 8 telah berjaya menghasilkan jaringan pertama SKKD yang telah ditolak masuk ke gawang sendiri oleh pemain SK Mantin. Permainan agak terganggu selepas itu kerana hujan lebat mula turun. SK Mantin tampil dengan beberap cubaan namun terhalang oleh palang dan penjaga gol utama SKKD, Iwan. Namun pemain SKKD melalui Haziq Aiman pada minit ke 16 dan sebelum rehat SKKD menambah satu lagi jaringan melalui Aniq Ridzuan minit ke 24. Separuh masa pertama SKKD 3 - 0 SK Mantin.

Separuh masa ke dua bermula dengan SKKD terus mendominasi saingan. SK Mantin bermula dengan beberapa pertukaran pemain. Jaringan ke 4 SKKD muncul pada minit ker 35 melalui Aniq. Lima minit kemudian tanpa di sangka-sangka pemain pertahanan Syafik Yusmahadi menambah jaringan ke 5 buat SKKD. Ketua pasukan SKKD , Aniq melengkapkan hatrik beliau pada hari ini dengan menjaringkan gol ke 6 SKKD. SK Mantin akhirnya berjaya menjaringkan gol saguhati di hujung saingan. Keputusan akhir SKKD 6 - 1 SK Mantin.

Ketua jurulatih SKKD , En Arifin yang ditemui selepas perlawanan, menegaskan kemenangan ini sekadar satu motivasi untuk pemain. Cabaran lebih besar menanti di pertandingan sebenar dan pemain harus gigih berlatih untuk terus maju meningkatkan mutu permainan.



Mohd Riduan bin Mohamad Yusof
WARTAWAN SUKAN Buletin Daching

No comments:

Post a Comment