Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan, Malaysia

Sunday, March 11

RENDAH DIRI DENGAN KEMAAFAN

Sebagai manusia, kita perlu menjauhkan diri daripada sifat riak, angkuh dan sombong semata-mata untuk menjaga imej diri, pangkat serta kedudukan. Individu yang bersifat mulia biasanya amat mudah memaafkan kesalahan orang lain. Jika bukan kerana keimanan dan rasa tawaduk, sukar bagi manusia memohom maaf. Mereka yang sanggup memohon maaf ialah orang yang memiliki kekayaan hati, manakala mereka yang sukar memohon maaf dikatakan memiliki kemiskinan hati. Jiwa yang kaya ialah jiwa yang bebas daripada sifat bangga diri, sebaliknya memiiki sifat pemurah dan berlapang hati. Ini memudahkan kita untuk mengakui kesilapan diri, memohon maaf dan memaafkan orang lain. Bagi mereka yang melakukan kesalahan padanya, tidak salah merendah diri dan memaafkan kesalahannya. Kasih sayang Allah itu tidak dikurniakan secara percuma. Hanya yang ikhlas sahaja akan diberi. Justeru sikap mudah rasa bersalah walaupun atas perkara remeh perlu ditanam dalam diri. Hakikatnya, tanpa sikap saling memaafkan, kehidupan manusia terus dibelenggu pelbagai masalah, terutama perkara berkaitan kehidupan bermasyarakat. Rasulullah SAW bersabda bermaksud, “Ada tiga perkara apabila dilakukan akan dilindungi Allah dalam peliharaan-NYA dan dimasukkan ke dalam syurga iaitu, apabila diberi ia berterima kasih, apabila berkuasa ia suka memaafkan dan apabila marah ia menahan diri.” (Riwayat Hakim dan Ibnu Hibban dari Ibnu Abbas)

No comments:

Post a Comment