Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan, Malaysia

Tuesday, May 1

Daching Nine FC Tunjuk Taring Di Padang SK KLIA

Kompleks Klia, 28 Mac : Pasukan Bawah 10 Tahun , Daching Nine FC memulakan aksi di Kejohanan Liga Perdana Prokid Academy 2012 dengan keputusan positif. Pasukan yang dilatih oleh Cikgu Arifin bin Hj ISmail menang 2 dan seri 1 perlawanan di minggu ke 2 liga. Daching Nine FC memulakan perlawanan pertama menentang SK Desa Cempaka, ketinggalan 0-1 di separuh masa pertama, Daching Nine kembali menyusun rentak kemenangan bagi memenangi perlawanan dengan keputusan 2-1.Perlawanan ke dua Daching Nine bertemu KJF Ghome Kids juga bermula dengan episod sama apabila Daching Nine FC ketinggalan 0-1 hampir keseluruhan permainan namun jaringan sendiri pemain lawan di minit akhir membolehkan mencatat keputusan seri. Daching Nine FC 1 - 1 KJF Ghome Kidz. Rentak kemenangan kembali diraih Daching Nine FC apabila menentang pasukan Prokids Academy B dengan 8-0. Pesta gol Daching Nine dibantu oleh kepincangan pasukan lawan yang beraksi dengan hanya 8 pemain disepanjang perlawanan. Daching Ninen FC kini dikedudukan ke 3 liga selepas 3 perlawanan dengan 3 perlawanan lagi menanti pada 5 Mei 2012. Doakan kejayaan Daching Nine FC. Terima kasih kepada semua penyumbang dan penaja . Selepas perlawanan pemain dan pegawai pasukan diraikan dengan jamuan tengahari di rumah GPK KOKO SK Kg Daching, Cikgu Shaharudin. Terima kasih daun keladi. oleh : Mohd Riduan bin Mohamad Yusof Pengurus Daching Nine FC

No comments:

Post a Comment