Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan, Malaysia

Tuesday, July 24

Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat SK Kg Daching

Kg Daching Hilir, 17 Julai : Bertempat di dataran perhimpunan SK Kg Daching telah diadakan majlis pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat SK Kg Daching. Program yang berjalan serentak di seluruh negara ini telah dirasmikan oleh Guru Besar, En Noorlin bin Saad. Program yang dikelolakan oleh unit Hem SKKD dan diketuai oleh En Ariffin bin Hj Ismail selaku pengerusi sambutan. Majlis pada pagi itu dimulakan dengan upacara menaikkan Jalur Gemilang dang nyanyian lagu Negaraku. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan pelancaran oleh guru besar. Seterus majlis diserikan lagi dengan ceramah kemerdekaan yang disampaikan oleh Mejar (B) Jaafar bin Zainal Abidin merupakan antara anak jati Kg Daching yang berpengalaman bertugas sebagai tentera di era pasca kemerdekaan. Kemuncak acara pada hari itu ialah penyerahan bendera Jalur Gemilang kepada pasukan berbasikal SK Kg Daching oleh guru besar. Akhir sekali telah diadakan konvoi berbasikal mengibarkan bendera di sekeliling Kg Daching disertai hampir 30 buah basikal.
Unit Hem akan menganjurkan beberapa acara bagi memeriahkan kempen Kibar Jalur Gemilang yang akan tamat pada 16 September 2012.

No comments:

Post a Comment