Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan, Malaysia

Friday, July 20

LIGA U11 SBN 1 - SK KG DACHING HAPUS EGO SK KLIA

Labu, 19 Julai: Daching Nine FC yang mewakili SK Kg Daching ke Liga U11 Seremban 1 telah memulakan aksi ke 2 liga dengan bertemu SK KLIA di Padang SK Labu Hilir, Labu. Perlawanan telah bermula jam 3.50 minit petang penonton dipamerkan corak berhati-hati oleh kedua pasukan. SK Kg Daching (SKKD) terlebih dahulu melakukan percubaaan melalui Haziq Aiman namun percubaannya tersasar. SKKD terus bertali arus menduga pasuka pertahanan SK Klia dan pada minit ker 12 , Zulfazli pemain sayap SKKD berjaya menyambar peluang di hadapan pintu gol SKLIA untuk SKKD mendahului SK Klia. SKKD dilihat terus mendominasi saingan dengan beberpa peluang dicipta oleh pasangan penyerang Haziq Aiman dan Aiman Ghazali dan akhirnya Aiman Ghazali berjaya mencatat nama sebagai penjaring gol ke 2 SKKD pada minit ke 26. Tamat separuh masa SKKD 2 - 0 SK Klia. Separuh masa kedua bermula dengan SKKD terus mengandakan asakan dan hasilnya pada minit ke 35 SKKD mendapat sepakan percuma di luar petak penalti SK KLIA dan Fairuz Zainal @ Kuna berjaya menjaringkan gol ke 3 melalui sepakan yang cantik. Ketinggalan 3 gol menyebabkan SK KLIA tersentak dan mula menyusun gerak menyerang kubu SKKD bertubi-tubi. Namun kekentalan barisan pertahanan yang diterajui kapten , Muhd Azim berjaya menghalang penyerang SK Klia. SKKD terus melancarkan serangan balas dan nyaris menambah 2 lagi gol melalui pasangan penyerang berbisanya. Di minit-minit akhir permainan SK KLIA berjaya medapat gol saguhati akibat kelekaan barisan pertahanan SKKD.Musuhnya habis binasa. SKKD 3 - 1 SK KLIA Tahniah pasukan SKKD (Daching Nine FCC) kerana kesungguhan dan komitmeN yang jitu. -
Melaporkan : CIKGU DUAN NADI SUKAN DACHING

No comments:

Post a Comment