Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan, Malaysia

Sunday, October 14

Tahniah atas tanggungjawab baharu...



Tahniah kepada Encik Shaharudin Bin Buyong yang telah dinaikkan pangkat menjadi Guru Penolong Kanan HEM dan Puan Siti Mariyam Binti Haji Othman. Kedua-dua guru ini merupakan orang lama di SK Kampong Daching dan telah mula bertugas sekitar tahun 1980-an di SK Kampong Daching. Encik Shaharudin telah dinaikkan pangkat menjadi Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Puan Siti Mariyam pula telah dilantik menjadi guru Penolong Kanan Kokurikulum. Seseungguhnya tugas dan amanah yang dipikul itu amat berat seperti kata-kata Saidina Umar Abd Aziz, " Aku bukan orang yang paling baik dikalangan kamu sedangkan aku cuma orang yang paling berat tanggungannya dikalangan kamu," semasa beliau dilantik menjadi Kahlifah Bani Umaiyah. Dalam menjalankan tugas, cabaran dan dugaan pasti akan berlaku, namun apa yang paling penting "Amanah Harus Dilaksanakan". Dengan pengalaman yang ada  pastinya kedua-duanya dapat menjalankan tugas dengan baik. InsyaAllah seluruh warga SKKD akan memberi sokongan kepada mereka semasa menjalankan tugas. Mungkin kata-kata ini boleh menjadi renungan untuk kita bersama semasa menjalankan amanah sebagai seorang guru, ini berlaku ketika Khalifah Umar Al Aziz pulang ke rumah selepas perlantikan menjadi Khalifah." Beliau pulang ke rumah dan menangis sehingga ditegur isteri " Apa yang Amirul Mukminin tangiskan?' Beliau menjawab "Wahai isteriku, aku telah diuji oleh Allah dengan jawatan ini dan aku sedang teringat kepada orang-orang yang miskin, ibu-ibu yang janda, anaknya ramai, rezekinya sedikit, aku teringat orang-orang dalam tawanan, para fuqara' (orang-orang fakir) kaum muslimin. Aku tahu mereka ini akan mendakwaku di akhirat kelak dan aku bimbang aku tidak dapat jawab hujah-hujah mereka sebagai kalifah kerana aku tahu, yang menjadi pembela di pihak mereka adalah Rasulullah S.A.W." TAHNIAH DAN SELAMAT MENJALANKAN TUGAS.


No comments:

Post a Comment