Tidak salah melakukan kesilapan, tetapi adalah salah apabila tidak belajar daripada kesilapan. Seharusnya jangan ulangi kesilapan sama, tetapi renunglah kesilapan tersebut dengan hati yang bijaksana. Setiap pengalaman yang dilalui perlu direnung bagi mendapatkan pengajaran di sebaliknya. Yang penting ialah kita cuba membuat yang terbaik setiap masa, dan yang terbaik juga akan Allah kurniakan untuk kita, InsyaAllah.
Jangan harap balasan dari manusia, pulangkan kepada Allah.
Satu ungkapan yang perlu ada dalam setiap diri manusia khasnya golongan pendidik. Kita hanya menjalankan segala amanah yang telah kita sendiri akadkan tanpa kita sedari. Kita telah berakad semasa kita menerima tugas sebagai seorang pendidik. Kita sebenarnya sungguh bertuah kerana ada yang mendokan kita jika kita tiada dialam fana ini. Beribu tangan anak didik kita akan menadah tangan mendoakan kita satu perkara yang jarang-jarang kita sedari. Setiap ungkapan , juga kata-kata yang terucap dimulut anak didik kita merupakan satu doa untuk kita. Setiap anak tangga yang kita langkah untuk sampai ke bilik darjah merupakan aset yang kita tidak nampak untuk hari kemudian. Betapa bertuahnya kita sebagai pendidik mendapat saham yang tidak perlu kita modalkan. Mendapat ganjaran di dunia dan yang lebih penting diakhirat kelak. Semooga dengan kemunculan Tahun 2013 ini, kita sama-sama dapat merenung kekurangan diri dan memperbaiki lompang-lompang yang ada. Semoga Allah permudahkan urusan kita pada tahun yang mendatang ini. AMIN.
No comments:
Post a Comment