Pupuklah budaya kerja cemerlang seawal menjejakkan kaki ke sekolah sebagai
guru, manakala guru yang telah lama berkhidmat, tiada istilah terlambat untuk
memulakan sesuatu kebaikan demi kecemerlangan. Jangan kita perkecilkan
pilihan yang Allah tentukan kepada kita sebagai seorang guru. Hayatilah bidang
pendidikan sebaiknya. Timbalah pengalaman sebanyak mungkin selagi Allah
mengurniakan peluang, tenaga dan usia agar kita mampu tersenyum puas pada hari
persaraan kita nanti kerana menyedari kita sudah memberi yang terbaik. Jika
kita berasa tugas guru telah menjemukan, jangan terus bersungut, mengkritik dan
memperlekeh. Lakukan perubahan!
No comments:
Post a Comment