Ulu Beranang, 31 Jan : Pertemuan 'derby' diantara dua buah sekolah yang jiran SK Kg Daching dan SK Ulu Beranang memihak kepada pasukan pelawar iaitu SK Kg Daching. Bagi perlawanan bola tampar lelaki SKKD telah menumpaskan SKUB dengan 2-0. Manakala bagi bola tampar wanita SKKD tewas kepada SKUB dengan 1-2. Walau pun tiada kemudahan gelanggang bola tampar yang sebenar, namun pemain SKKD dilihat mampu bersaing memberi cabaran dan diharap mementum ini kekal sehingga kejohanan peringkat MSSD.
Sementara itu, perlawanan bola sepak yang menjadi tumpuan pada hari itu juga memihak kepada SK Kg Daching. SKKD yang diwakili Daching 9 Fc berjaya menewaskan tuan rumah SKUb dengan 2-0. Perlawanan bermula dengan agar perlahan kerana pemain SKKd masih cuba menyesuaikan diri dengan keadaan padang. Namun hasil percubaaan bertali arus ke kubu SKUB akhirnya kapten , M. Azim berjaya memecah kebuntuan menerusi tendangan separuh volley pada minit ke 19. Tamat separuh masa SKKD 1-0 SKUB. Bemula separuh masa kedua SKKD terus rancak menyerang terutama melalui pemain sayap Zulfazli dan sesekali cubaan jarak jau dari Fairuz@Kuna. SKKD akhirnya menambah gol kedua melalui Haziq Aiman hasil kelam kabut dihadapan gol SKUB. Di hujung saingan SKUB dilihat cuba mengatur serangan namun sehingga tamat keputusan kekal SKKD 2- 0 SKUB.
Nadi Arena 901 Daching.
No comments:
Post a Comment