Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan, Malaysia

Thursday, February 21

Pasukan Bola Tampar (P) Bawah 12 Cipta Sejarah

Paroi, 19 Feb : Jika tahun lalu, pasukan Sepak Takraw membawa balik gelaran Juara MSSD Seremban 1, kini giliran pasukan bola tampar perempuan bawah 12 tahun SKKD mencipta sejarah di gelanggang keramat Kompleks Sukan Paroi. Tidak diletakkan sebarang harapan pada mulanya, namun kekentalan, keazaman akhirnya mimpi indah bergelar juara menjadi kenyataan. Jika pasukan lelaki memulakan langkah kiri tewas 0-2 kepada Sk Sri Seremban, pasukan perempuan turut bermula sumbang tewas di tangan SK Desa Cempaka. Namun strategi dan kata semangat kembali dihambur oleh barisan guru yang bertugas mula menampakan sinar apabila pasukan lelaki menewaskan SK Batang Benar dengan 2-0. Pasukan perempuan turut berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan untuk menewaskan SK Batang Benar juga dengan 2-0.Pasukan lelaki layak ke suku akhir. Pasukan perempuan juga menempah tempat ke suku akhir dengan menewaskan SK Pantai juga dengan 2-0. Memasuki pusingan suku akhir pasukan lelaki akan diuji oleh SK Wawasan. Tidak gentar dengan reputasi lawan yang menjuarai kum[ulan, SKKD dilihat mudah meratah dengan 2-0. Namun di separuh akhir pasukan lelaki yang berhasrat menukar warna pingat tempat ke tiga gagal apabila tumpas kepada Sk Sri Seremban sekali lagi dengan 0-2. Namun semangat melawan yang ditunjukan pemain hampir memerangkap pasukan juara itu. Pasukan lelaki yang diketuai oleh Muhammad Ammar Furqan terpaksa berpuas hati dengan tempat ketiga. Pasukan perempuan meneruskan pusingan xy dengan bertemu SK Ulu Beranang. Pasukan yang sering menjadi rakan sepelatih ini mudah dijinakkan dengan 2-0. Perlawanan ke 2 menemukan SKKD dengan SK Mendum yang dilihat berusah mencalar rentak kemengan SKKD. Berjaya mengheret SKKD ke tie break sebelum mengalah dengan 1-2. SKKD layak ke separuh akhir dengan bertemu SK Seri Klana. Seolah sudah tertulis bahawa kesabaran penentu kejayaan, SKKD diasak hingga ke tie break sebelum menang 2-1 ke atas Sk Seri Klana. Perlawanan akhir diantara SKKD dan SK Rahang jelas milik SKKD apabila menang mudah 21-6 di set bersama. Kata-kata semangat dari guru Besar, En Arifin bin Md Yusof melonjakkan semangat pemaian untuk menamatkan set ke 2 dengan 21-16 seterusnya menjuarai kejohanan. Tahniah kepada kapten perempuan Intan Farahana yang berjaya membimbing rakan sepasukan di saat genting dan getir. Tahniah buat jurulatih Puan Suzilawati (P), En Ahmad Zuraidi (L) , En Firdaus (Pen Jurulatih) , En Riduan Pengurus (L), Cik Nurul Ashikin Pengurus (P) , guru praktikum Naim, Hilmi, Ustaz Khairie dan semua guru SK Kg Daching. Alhamdulillah KITA JUARA. MELAPORKAN : Cikgu Riduan @ Nadi Sukan Daching

No comments:

Post a Comment