Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan, Malaysia

Wednesday, January 29

Jamuan Perpisahan Jasamu dikenang...

Satu majlis perpisahan telah diadakan untuk Puan Hajah Faizah binti Ali dan Encik Mohd Riduan Bin Mohamamad Yusof di dewan sekolah pada 27. 01. 2014 yang lalu. Majlis ini bertujuan untuk mengenang jasa kedua-dua orang ini yang telah banyak berjasa kepada sekolah. Di samping itu majlis ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada murid-murid untuk berjumpa serta mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua orang guru tersebut. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih atas segala kerjasama, pengorbanan yang telah ditunjukkan sepanjang berkhidmat di sekolah ini. Puan Hajah Faizah yang telah memulakan tugas di SK Kampong Daching mulai 03. 06. 2008 sehingga 16. 11. 2013 yang lalu. Beliau telah dinaikkan pangkat menjadi guru penolong kanan kokurikulum di SK Batang Benar. Manakala Encik Mohd Riduan telah bertukar ke SK Labu Batu 10 di atas kepentingan perkhidmatan. Beliau memulakan tugas di SK Kampong Daching pada 01. 08. 2008 sehingga 01. 01. 2014. Pada sebelah petangnya satu majlis jamuan telah diadakan di Hotel Sri Malaysia, Seremban. Majlis ini telah dianjurkan oleh bilik guru yang diketuai oleh Puan Siti Fatimah Binti Wahab. Antara tetamu yang hadir ialah Encik Mazley Bin Jamaludin iaitu Pengerusi PIBG Sekolah.




No comments:

Post a Comment