Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan, Malaysia

Monday, June 30

Johan Sahibba Peringkat Kebangsaan....Tahniah Nursalina!


Sekali lagi SK Kampong Daching dikejutkan dengan berita kejayaan murid dalam pertandingan Sahibba. Kali ini di peringkat kebangsaan pula. Peserta sekolah iaitu Nursalina Ibrahim,tahun 6 telah menunjukkan kemahirannya bertarung dalam pertandingan tersebut dan ternyata bakatnya terserlah apabila dapat mengalahkan 15 orang peserta dari seluruh negeri di Malaysia dan mengharumkan nama sekolah dan  JPNS. Tahniah kepada Nursalina kerana walaupun beliau merupakan murid dari sekolah luar bandar yang kecil jumlah bilangan muridnya namun beliau telah menunjukkan keupayaannya bersaing dengan murid-murid yang lain dari sekolah yang hebat dari seluruh negeri. Tempat pertama N.Sembilan, kedua Pahang manakala ketiga Johor. Nursalina telah menerima hadiah berupa wang berjumlah RM500, pingat, permainan congkak, beberapa buah buku, sijil dan piala pusingan. Semoga dengan kejayaan Nursalina ini  diharap dapat membakar semangat murid-murid yang lain di sekolah ini untuk mencapai kejayaan dalam apa jua bidang pada masa akan datang.

                                                                                                              Dicatat oleh Pn Hjh Siti Mariyam 

1 comment:

  1. tahniah salina.....hope agar dapat 5Adalam upsr......from akak athirah jeffry thn 6 2013

    ReplyDelete