Tanggal 16 Mei 2014, SK Kampong Daching telah berjaya mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Sambutan Hari Guru kali ini disambut agak sederhana sahaja tetapi meriah dengan kehadiran Guru Besar baharu setelah lebih lapan bulan sekolah ini ketiadaan guru besar. Tidak banyak acara yang dijalankan pada hari tersebut memandangkan majlis diadakan pada hari Jumaat. Sambutan Hari Guru ini diharapkan dapat merapatkan hubungan antara guru-guru dan murid-murid di sekolah ini.
Dicatat oleh Pn.Hjh Siti Mariyam
No comments:
Post a Comment