Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan, Malaysia

Tuesday, November 18

Anugerah Modal Insan Terbilang N.Sembilan 2014




Tuah ayam nampak pada kaki, tuah manusia,hanya tuhan sahaja yang tahu. Begitulah kejayaan yang telah dicapai oleh adik Nursalina Ibrahim baru-baru ini di mana beliau telah menerima Anugerah Modal Insan Terbilang peringkat Negeri Sembilan. Selayaknya beliau menerima anugerah itu kerana banyak kejayaan yang telah beliau capai sebelum ini yang dapat mengharumkan nama sekolah. Sekalung ucapan tahniah daripada pihak sekolah dan PIBG atas kejayaan yang diraih. Bukan mudah untuk mendapat anugerah tersebut, hanya murid yang terbilang sahaja selayaknya menerima anugerah seperti itu. Teruskanlah mengejar kejayaan dan sebuah kejayaan pastinya memerlukan suatu pengorbanan. Semoga jejakmu menjadi pembakar semangat kepada murid-murid di SK Kampong Daching dan semoga kejayaan terus mengekorimu, Nursalina serta semua warga SKKD. 

1 comment:

  1. Tahniah kepada semua guru, terutamanya Puan Hajah Siti Mariyam. Semoga kejayaan ini akan menjadi pemangkin dalam usaha untuk melahirkan insan yang cemerlang. Teruskan usaha yang murni ini.......

    ReplyDelete