Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan, Malaysia

Monday, March 2

Pelancaran Program NILAM Peringkat Sekolah dan Program Sayangi Perpustakaan



Pusat Sumber Sekolah telah melancarkan program NILAM peringkat sekolah pada hari Rabu,25 Februari 2015. Guru besar, En.Shamsuddin bin Mohamad telah merasmikan pelancaran program tersebut. Tujuan program tersebut adalah untuk memberi kesedaran dan galakan kepada murid-murid terhadap kepentingan amalan membaca. Dalam program itu juga, diumumkan murid-murid yang terbanyak membaca sepanjang bulan Februari mengikut kelas. Mereka telah menerima hadiah yang disumbang oleh  pusat sumber. Diharap dengan adanya pelancaran program NILAM ini, semua murid di sekolah ini akan dapat membudayakan minat membaca  dalam diri mereka.



Pada hari yang sama juga, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan telah mengadakan program 'Sayangi Perpustakaan' di sekolah ini. Kakitangannya telah mengadakan pelbagai aktiviti kepada murid-murid di sekolah ini bertujuan untuk menanamkan rasa minat mereka kepada aktiviti membaca. Murid-murid dan guru-guru di sekolah ini telah diberi kad elektronik secara percuma untuk memudahkan mereka meminjam buku di mana-mana perpustakaan awam.  Murid-murid yang telah berjaya dalam pertandingan yang diadakan menerima hadiah sumbangan perpustakaan awam tersebut. Terima kasih kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan kerana sudi datang ke sekolah ini dalam usaha membudayakan aktiviti membaca  dalam kalangan murid-murid.


No comments:

Post a Comment