Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan, Malaysia

Thursday, February 16

Kejohanan Bola Tampar MSSD Seremban 1 2012





Paroi, 13 Feb : SK Kg Daching buat kali kedua telah menyertai kejohanan bola tampar peringkat MSSD Seremban 1 yang berlangsung di Kompleks Sukan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.Misi pada kali ini ialah sekurang-kurangnya menyamai pencapaian tahun lalu iaitu tempat ketiga bagi kategori lelaki dan perempuan.
Bagi kategori perempuan SKKD diletakkan di dalam kumpulan B bersama SJKC Kg baru Pajam dan SK Desa Cempaka. Kategori lelaki Kumpulan D bersama SK Mendum dan SJKT Labu.
Pasukan lelaki memulakan aksi dengan menewaskan SJKT Labu. Namun tewas di perlawanan kedua kepada SK Mendum. SKKD tetap layak ke pusingan suku akhir dan bertemu dengan SK Batang Benar. Perlawanan suku akhir yang berlangsung sengit akhirnya dimenangi SK Batang Benar. SKKD bagi kategori lelaki gagal mengulangi pencapaian tahun lalu.
Bagi pasukan perempuan memulakan peringkat kumpulan dengan menewaskan SJKC Kg baru Pajam namun tewas perlawanan ke dua ditangan SK Desa Cempaka. Pada separuh akhir SKKD bertemu SK Ulu Beranang. Harapan SKKD untuk menukar warna pingat yang dimenangi tahun lalu gagal apabila tewas dengan rubber set. Pasukan SKKD tempat ketiga Kejohanan Bola Tampar MSSD Seremban 1.


Mohd Riduan bin Mohamad Yusof
Wartawan Sukan Buletin SKKD

No comments:

Post a Comment