Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan, Malaysia

Friday, February 10

Skuad Bola Sepak SKKD Mengaum di Labu


Labu, 9 Feb : Skuad bola sepak bawah 12 tahun SK Kg Daching (SKKD) atau Daching FC memulakan langkah kanan di dalam siri perlawanan persahabatan Tahun 2012. Lawan SKKD bukanlah calang-calang pasukan kerana SK Labu Ulu (SKLU) telah beberapa kali sejak kebelakangan ini menewaskan SKKD.

Perlawanan bermula tepat 4.30 petang di padang SK Labu Ulu. Perlawanan bermula dengan dengan SKLU membuat beberapa cubaan ke arah kubu SKKD. SKKD yang agak gugup di 10 minit pertama mula mendapat rentak dan melancarkan serangan. Akhirnya pada minit 21 , Aiman Ghazali berjaya menjaringkan gol pertama SKKD. Namun sedikit kealpaan di barisan pertahanan 5 minit kemudian SKLU berjaya menyamakan kedudukan. SKKD kembali menyusun serengan dan di minit-minit akhir separuh masa, Haziq Aiman berjaya menjaringkan gol ke 2 SKDD. Separuh masa pertama SKKD 2- 1 SKLU.

Separuh masa kedua, SKKD bermula garang dengan beberapa serangan pantas dan pada minit ke 35 Aniq berjaya menjaringkan gol ke 3 SKKD. SKKD terus mengaum dengan jaringan ke 4 melalui Aiman Ghazali dan SKKD terus menambah jaringan pada minit ke 50 melalui Haziq Aiman. Namun SKLU yang ketinggalan cuba bangkit dengan gol ke 2 pada masa kecederaan. SKKD 5 - 2 SKLU .

Ketua jurulatih SKKD , En Arifin b. Hj Ismail yang ditemui selepas perlawanan menyatakan secara keseluruhan beliau berpuas hati dengan prestasi pemainnya pada hari ini. Beberapa kelemahan akan segera di atasi bagi mempersiapkan pasukan untuk kejohanan peringkat MSSD Seremban 1 nanti.

Tahniah kepada pasukan SKKD dan perlawanan ini diharap berjaya membangkitkan semangat dan kemahiran pemain SKKD untuk kejohanan peringkat daerah.


Sekian.

Mohd Riduan b. Mohamad Yusof
Wartawan Buletin Sukan SKKD.

No comments:

Post a Comment